Resepi Murtabak Best Guna Kulit Popia Pengganti Rasa Mengidam

13216
Kami nak kongsikan resepi murtabak mini untuk anda semua.Bolehlah untuk gantikan rasa terliur anda nak beli murtabak di bazar Ramadhan.Jom cuba

Kami nak kongsikan resepi murtabak mini untuk anda semua.Bolehlah untuk gantikan rasa terliur anda nak beli murtabak di bazar Ramadhan. Dari segi rasa jangan risau, sangat sedap dan enak.Cuma suasana bazar tu yang tak dapat ditinggalkan.

Resepi murtabak daging ni memang sedap untuk anda buat. Guna bahan mudah iaitu kulit popia. Tak perlu adun tak perlu nak bancuh tepung. Senang.

Kulit murtabak juga nipis sebab hanya gunakan sehelai sahaja.

BACA DI LINK BARU : Resepi Air Katira Asli Johor Yang Best Sangat.Wajib Buat

Terima kasih kepada Puan Roshima Ibrahim di atas sumbangan resepi murtabak ini untuk kita semua mencubanya.

Kami nak kongsikan resepi murtabak mini untuk anda semua.Bolehlah untuk gantikan rasa terliur anda nak beli murtabak di bazar Ramadhan.Jom cuba

Bahan Resepi Murtabak Daging Sedap :

Kuantiti bahan resepi ini boleh menghasilkan 3-4 biji murtabak. Anda boleh gandakan sukatan jika ingin buat dalam kuantiti yang banyak.

Kulit :

  • Gunakan kulit popia

Bahan Inti Murtabak :

  • 250 gram isi ayam / daging di cincang
  • 2 biji kentang saiz bola pingpong di potong dadu
  • 1 1/2 sudu makan rempah kari
  • 1 ulas bawang putih di hiris
  • 1 biji bawang merah dihiris saiz bola pingpong
  • 2 biji bawang merah di potong dadu saiz bolah pingpong
  • Hirisan daun sup
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • Sedikit minyak masak utk menumis.

Cara Masak Inti Murtabak :

#1: Panaskan kuali. Tuang sedikit minyak masak. Masukkan bawang-bawang yang dihiris dan didadu.Pastikan bawang menjadi layu betul-betul untuk kita dapatkan rasa manis bawang dan hilangkan rasa mentah.

Baru masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.Tambahkan isi ayam/daging dan masukkan kentang. Masukkan air separas dengan ubi kentang yang dimasak. Jangan air banyak nanti lembik intinya.

#2: Masak sehingga air hampir kering dan perasakan dengan daun sup, sedikit garam dan gula serta serbuk perasa. Bila dah hampir kering ,baru tutup api dan sejukkan.

Kami nak kongsikan resepi murtabak mini untuk anda semua.Bolehlah untuk gantikan rasa terliur anda nak beli murtabak di bazar Ramadhan.Jom cuba

Cara Buat Resepi Murtabak Mini :

#1: Pecahkan 2 biji telur, pukul dalam bekas dan masukkan bahan inti yang dimasak tadi. Tambahkan hirisan daun sup dan bawang. Kacau hingga sebati.

Buka sekeping kulit popia saiz besar, letak atas dulang. Ambil 3 sudu makan inti yang di campurkan dengan telur tadi tu dan letak di tengah-tengah kulit popia. Kemaskan dengan cara lipat atas bawah,kiri dan kanan.

#2: Cara untuk membakar murtabak ialah seeloknya anda gunakan kuali rata. Masukkan 3 sudu makan minyak masak dan panaskan.Guna api sederhana.

Baru masukkan murtabak mini tadi dan goreng hingga sedikit garing di bahagian luar. Ada yang suka letak minyak banyak, ada yang sikit. Terpulang pada selera. Jangan lupa balikkan murtabak untuk masak dengan rata.

#3: Dah siap, bolehlah hidangkan dengan kuah bawang. Cara buat kuah murtabak ini ialah hiriskan bawang merah 1 biji saiz bola pingpong,masukkan 3 sudu makan cuka dan tambahkan air panas. Tujuannya untuk bagi bau bawang naik. Jangan lupa letak sedikit garam gula dan sirap untuk bagi merah.

Rasa kuah murtabak yang sedap ialah rasa masam manis sedikit.Jadi jangan letak banyak garam tau. Secubit manja je.Hee

Selamat mencuba, Best kan resepi lengkap kami berikan.

Kami nak kongsikan resepi murtabak mini untuk anda semua.Bolehlah untuk gantikan rasa terliur anda nak beli murtabak di bazar Ramadhan.Jom cuba

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom