Resepi Murtabak Maggi Best Untuk Pembuka Selera Anak-anak

2679
Kami nak berikan resepi murtabak maggi untuk anda buat sebagai pembuka selera anak-anak. Senang dan mudah sahaja bahan-bahan yang diperlukan buat murtabak ini

Kami nak berikan resepi murtabak maggi untuk anda buat sebagai pembuka selera anak-anak. Senang dan mudah sahaja bahan-bahan yang diperlukan.

Murtabak maggi ini tak perlukan kulit popia ataupun kulit murtabak. Telur itu sendiri yang bercampur dengan adunan maggi dan bahan lain akan membentuk murtabak.

Boleh dimakan dengan sos ataupun anda boleh buah kuah merah seperti murtabak biasa.Di bulan puasa ini, bolehlah buat pada waktu sahur untuk membuka selera anak-anak.

BACA DI LINK BARU : Resepi Murtabak Best Guna Kulit Popia Pengganti Rasa Mengidam

Terima kasih kepada Puan Shai Anne Ahemed di atas sumbangan resepi murtabak maggi ini. Boleh kita semua buat untuk pelbagaikan lagi menu resepi kan.

Bahan Resepi Murtabak Maggi Sedap :

  • 1 paket maggi kari
  • 2 biji telur
  • 3 biji bawang merah kecil saiz 10 sen lama
  • 2 batang sosej yang telah direndam air panas seketika
  • 1 perencah maggi
  • 2-3 helai daun bawang
  • 2 cili Thai jika mahu pedas.Tak payah letak jika tak nak pedas

Kami nak berikan resepi murtabak maggi untuk anda buat sebagai pembuka selera anak-anak. Senang dan mudah sahaja bahan-bahan yang diperlukan buat murtabak ini

Cara Buat Murtabak Maggi Mudah :

#1: Panaskan air hingga mendidih dan tuang ke dalam bekas yang mengandungi maggi. Biarkan lembut dan tos.

Dalam bekas lain, pecahkan telur,masukkan perencah maggi kari, daun bawang yang dihiris,sosej yang dihiris,bawang merah yang dihiris nipis dan juga cili jika mahu pedas.

Kacau hingga bahan sebati dan barulah masukkan maggi yang siap ditos. Perlu tos betul-betul supaya kering.

#2: Dalam non stick pan atau kuali rata, panaskan sedikit minyak dan barulah masukkan adunan murtabak maggi ini. Terbalikkan selepas bahagian bawah mulai garing.

Angkat bila kedua bahagian masak dan letakkan di atas tisu dapur supaya lebihan minyak akan diserap pada tisu.

Kami nak berikan resepi murtabak maggi untuk anda buat sebagai pembuka selera anak-anak. Senang dan mudah sahaja bahan-bahan yang diperlukan buat murtabak ini

#3: Dah siap dah resepi murtabak maggi, bolehlah hidangkan dengan sos cili mayonis ataupun dengan kuah bawang. Cara buat kuah bawang murtabak ini ialah hiriskan bawang merah 1 biji saiz bola pingpong,masukkan 3 sudu makan cuka dan tambahkan air panas. Tujuannya untuk bagi bau bawang naik. Jangan lupa letak sedikit garam gula dan sirap untuk bagi nampak sedikit merah.

Paling sedap dibuat murtabak maggi ini ialah maggi kari.Sebabnya rasa kari itu sendiri. Kalau anda nak letak isi ayam pun boleh gantikan sosej. Cuma pastikan isi ayam dicincang dan goreng seketika di dalam kuali sebelum dimasukkan ke dalam murtabak.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom