Hari ini kami akan kongsikan resepi nasi arab yang bukan sahaja lengkap malah sangat sedap. Kalau anda pernah makan nasi arah shah alam ke, nasi arab damsyik atau nasi arab cyberjaya, selepas ini kami pasti anda akan buat sendiri je kalau teringin nak makan.
Sebelum ke resepi, ayuh kita kenal dulu jenis-jenis nasi arab yang ada dan yang popular di Malaysia secara ringkas. Kita ada nasi arab mandy iaitu merujuk kepada bauan arang yang diletak bersama nasi. Nasi arab kabshah yang berbeza sedikit rempahnya, nasi arab maqlub yang ada disertakan sekali dengan sayur dan juga nasi arab hadramaut yang menggunakan banyak rempah.
Untuk hari ini kami bagi resepi nasi arab mandy kambing yang boleh dikatakan sangat popular di Malaysia. Terima kasih kepada Puan Ida Alina Salleh di atas resepi nasi mandy kambing yang sangat-sangat sedap ni. Memang rugi la kalau kita tak cuba kan. Semoga puan sekeluarga dimurahkan rezeki.
Seperti nasi arah shah alam, hidangan nasi mandy kambing ni lengkap dengan resepi hidangan sampingan iaitu salata hadra dan juga salad timun.
BACA DI LINK BARU : Resepi Kentang Putar Dengan Kuah Blackpepper Istimewa.Sedapnya
Bahan Resepi Nasi Arab Mandy Kambing :
Bahan Untuk Kambing :
- 2 1/2 kilogram isi daging kaki/peha kambing dengan tulang di potong selebar 1/2 tapak tangan
- 1 biji bawang besar Holland dibelah 4
- 1 biji tomato dibelah 4
- 3 helai bay leaves ( guna yang kering/fresh)
- Sedikit kulit kayu manis,
- 3 cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1/2 sudu teh lada hitam bulat-bulat
- Secubit saffron
- Sedikit garam.
- Air sekadar menenggelamkan daging
- Sedikit minyak zaitun
Cara Masak Daging Kambing Untuk Nasi Arab :
#1: Potong dan basuh bersih daging kambing.Masukkan semua bahan kecuali minyak zaitun ke dalam pressure cooker untuk mudahkan kerja. Rebus dalam 50 minit untuk dapatkan daging yang lembut.
Keluarkan daging yang siap direbus dan susun atas dulang pembakar.Renjiskan dengan minyak zaitun sedikit dan bakar dalam oven pada suhu 160’C selama 15 minit guna api atas bawang.Jangan terlalu kering.Renjiskan dengan air rebusan ya.Kita nak tekstur kambing yang sedikit garing di luar. Siap untuk daging.
Bahan Nasi Untuk Resepi Nasi Arab :
- 3 1/2 cawan beras basmati yang direndam selama 10-15 minit.
- 1 biji bawang besar Holland, dihiris nipis
- Sedikit kulit kayu manis
- 3 biji buah pelaga
- 3 bunga cengkih
- 3 helai bay leaves (kering/fresh)
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1/2 sudu teh lada hitam bulat-bulat
- 2 batang lada hijau dipatah-patahkan
- Sedikit daun ketumbar,
- 5 cawan air rebusan daging Kambing
- Sedikit minyak zaitun
- Secubit saffron
- Arang
Cara Penyediaan Nasi Seperti Nasi Arab Damsyik :
#1: Tumis bawang besar yang dihiris dengan sedikit minyak zaitun. Apabila bawang keperangan, masukkan rempah-rempah.Apabila rempah telah wangi, masukkan bay leaves dan lada hijau, kacau.
Masukkan air rebusan, garam dan saffron Biarkan mendidih.Toskan beras dan masukkan dalam periuk. Masukkan sedikit daun ketumbar. Masukkan periuk kedalam cooker, dan masak nasi seperti biasa
#2: Sementara itu bakar arang atas dapur sehingga menjadi baraLetakkan minyak zaitun atau minyak masak (dalam 2 sudu besar) ke dalam mangkuk tahan panas atau buat bekas dengan gunakan aluminium foil.) Bila air nasi sudah kering, dan arang sudah jadi bara, letakkan mangkuk berisi minyak zaitun dalam periuk nasi. Dengan hati-hati, letak bara dalam mangkuk minyak zaitun. Bara akan mengeluarkan banyak asap kerana terkena minyak.
#3: Tutup periuk dengan foil aluminum supaya asap tidak keluar. Letak penutup periuk di atas foil aluminum. Ketika ini, rumah akan berbau seperti restoran nasi arab shah alam. Biarkan nasi diasap seberapa lama yang diperlukan.
Dah siap hidangan utama, kita siapkan pula hidangan sampingan untuk dimakan bersama resepi nasi arab mandy kambing ni :
- 5 biji tomato masak ranum
- 2 ulas bawang putih
- 2 batang lada hijau
- 3 batang cili api (lebih jika mahu pedas)
- 1/2 genggam daun ketumbar
- Jus dari sebiji limau nipis
- Garam dan sedikit gula
Cara Penyediaan Salata Hara :
#1:Hiris dan campur kesemuanya kecuali jus limau nipis dan garam dalam blender. Blend hingga halus. Tuang dalam mangkuk. masukkan jus limau nipis dan perasakan ikut selera dengan tambah garam,gula.
Okey tinggal satu lagi hidangan sampingan untuk dimakan bersama resepi nasi arab kambing ni iaitu timinuy beryogurt.
Bahan Resepi Salad Timun Beryogurt :
- 1/2 batang timun di dadu
- 1 sudu besar daun pudina segar yang dihiris
- 2 sudu besar yogurt
- Garam dan serbuk lada hitam.
Campurkan kesemua bahan hingga rata. Dah siap.Untuk penyediaan pula, kalau di Arab Saudi, nasi arab mandy kambing ni dihidangkan atas daun rocket, tapi kita di Malaysia, boleh guna daun salad. Letak lauk kambing atas nasi dan boleh sediakan hirisan bawang ebsar, cili hijau dan hirisan lemon untuk perah atas kambing jika suka.
Alhamdulillah lengkap resepi nasi arab kambing ini untuk anda cuba. Nak ganti dengan ayam pun boleh. Tiada masalah.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom