Resepi Nasi Ayam Simple Tapi Best . Macam Makan Kat Medan Selera

29332
Untuk ibu yang bekerja, kami berikan resepi nasi ayam simple yang sedap untuk anda buat. Memang tak banyak kerja tapi hasil dia buat anak makan bertambah.Best

Kami nak kongsikan pada anda satu resepi nasi ayam simple yang sesuai untuk  dibuat oleh ibu yang bekerja. Yelah balik kerja penat kan,kalau anak-anak nak makan nasi ayam, aduhai rasa banyak kerja sungguh nak buat.

Tapi dengan resepi nasi ayam simple dan sedap ini, anda tak pening kepala. Sebab langkahg penyediaan nasi ayam ringkas sahaja. Kalau hujung minggu atau cuti panjang, baru lah boleh anda nak buat nasi ayam versi yang tradisional. Seperti nasi ayam hainan atau nasi ayam madu.

BACA DI LINK BARU : Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap dan Mudah Untuk Anda Cuba

Terima kasih kepada Puan Acik Siti yang sudi berkongsi resepi nasi ayam yang sedap dan ringkas untuk kita semua mencubanya.

Untuk nasi , anda boleh pilih sama ada nak gunakan beras biasa atau beras basmathi. Ikut yang mana ada di rumah kan. Kalau beras basmathi, hanya tambahkan sukatan air. Formulanya ialah 1 cawan beras kena guna 2 cawan air. Itu sahaja. Kalau beras biasa, sukatan air adalah normal seperti yang anda masak seharian.

Dalam resepi nasi ayam simple ini tiada kuah sup tapi dah cukup sedap dah. Kalau anda nak juga buat sup nasi ayam ringkas, senang je cara dia.

Panaskan 2 cawan air hingga mendidih. Letak 1 kiub ayam dan anda boleh letak sekali sedikit batang ketumbar jika mahu dan bawang putih ketuk bersama halia ketuk sedikit. Kalau nak tambah fishball dalam sup nasi ayam pun boleh. Nak makan, tabur dengan bawang goreng dan daun bawang. Dah siap. Senang kan.

Bahan Resepi Nasi Ayam Simple Tapi Sedap :

Bahan Beras Nasi Ayam :

Masukkan 3 pot beras pilihan anda yang dah dicuci bersih ke dalam periuk nasi elektrik bersama dengan sukatan air. Kalau guna beras basmathi, anda tak nak rendam pun takpe.Ketepikan seketika.

Bahan Ketuk Untuk Ayam :

Ayam dalam berat sekitar 1.5-1.9 kilogram dan dipotong 4 atau ikut anda suka.

  • 2 batang serai saiz kecil diketuk
  • 1 1/2 inci halia dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 2 kiub ayam
  • 1 sudu teh garam

Cara Buat Resepi Nasi Ayam Simple :

#1: Gaul ayam yang dah dicuci bersih ke dalam bahan ketuk hingga sebati. Susun masuk ke dalam beras dalam rice cooker tadi. Jangan lebihkan sukatan air nanti lembik pula nasi. Masak macam biasa.

Untuk ibu yang bekerja, kami berikan resepi nasi ayam simple yang sedap untuk anda buat. Memang tak banyak kerja tapi hasil dia buat anak makan bertambah.Best

Bila nasi ayam dah masak, keluarkan ayam rebus tadi bersama dengan setengah dari bahan ketuk dan masukkan ke dalam kuali. Nasi ayam pula yang siap masak digemburkan untuk sebatikan rasa ayam pada nasi.

#2: Letak 6 sudu makan kicap manis,2 sudu makan sos tiram dan 1 sudu makan gula ke dalam kuali yang mengandungi ayam. Buka api kecil dan gaul-gaul ayam sehingga menjadi pekat bersalut. Kalau tak cukup kicap, tambahkan.

Tak perlu guna minyak ya. Dah nampak ayam pekat bersalut, tutup api.

Dah siap ayam, kita buat pula kicap nasi ayam dan sos cili nasi ayam . Senang je.

Masukkan sedikit air ke dalam lebihan kuah kicap dalam kuali tadi, kacau. Dah siap. Untuk sos cili, campur 10 sudu makan sos pencicah thai dengan 3 sudu makan sos cili biasa dan tambah 2 sudu makan air untuk cairkan sedikit. Dah siap. Senang nya. Kalau anda nak guna sos pencicah pilihan pun tiada masalah.

Memang mudah sungguh kan resepi nasi ayam simple dan ringkas ini. Sedap di makan dengan taugeh yang dicelur beberapa saat dan letak kicap cair bersama hirisan cili dan bawang goreng.

Untuk ibu yang bekerja, kami berikan resepi nasi ayam simple yang sedap untuk anda buat. Memang tak banyak kerja tapi hasil dia buat anak makan bertambah.Best

Masakan nasi ayam seperti ini ibu boleh buat sambil balik kerja dan nak kemaskan diri je.Sebab mudah. Heee. Selamat mencuba tau.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom