Resepi Nasi Geprek Ayam Sambal Best Yang Menggiurkan. Lengkap

16510
Kami nak kongsikan resepi nasi geprek yang menjadi jualan kepada seorang puan ini.

Kami nak kongsikan resepi nasi geprek yang menjadi jualan kepada seorang puan ini. Dari awal hingga akhir proses memasak ada disediakan khas untuk anda. Nanti boleh cuba buat di rumah. Sedap sangat tengok gambar pun.

Untuk citarasa berlainan, resepi nasi geprek ini tidak gunakan ayam goreng berempah yang diletakkan jintan manis dan biji ketumbar ya.Kerana mengganggu rasa bila makan dengan sambal nasi geprek mengikut Puan Zura Latif. Jadi boleh kita mencuba selera resepi orang lain pula

BACA DI LINK BARU : Resepi Talam Ubi Kayu Yang Menjadi Elok Lapisan Atas Dan Bawah

Terima kasih kepada Puan Zara Latif kerana sudi berkongsi resepi nasi geprek yang sungguh menggiurkan ini

Bahan Resepi Nasi Geprek Menggiurkan :

Ayam Geprek Goreng :

  • 1 ekor ayam 2-3 kilogram
  • 1 kiub pati ayam
  • 1/2 sudu makan garam kasar
  • 3 keping nipis hirisan halia
  • 3 keping nipisn hirisan lengkuas
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 4-5  liter air

#1: Rebus ayam sehingga masak sepenuhnya, nanti nak goreng senang tak perlu lama sebab isi  ayam dah masak.Angkat dan toskan ayam

Air rebusan ayam tu boleh guna untuk kuah sup dan masak nasi.Untuk nasi hanya gunakan air rebusan ayam, tak perlu tambah bahan lain/nak guna nasi putih pun boleh, atas selera masing-masing. Untuk kuah sup, hanya tambahkan daun sup, bawang merah goreng dan perasakan sekali lagi hingga secukup rasa. Didihkan seperti biasa.

Kami nak kongsikan resepi nasi geprek yang menjadi jualan kepada seorang puan ini.

Bahan perapan ayam :
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 3 sudu makantepung beras/lebihkan tepung beras ya
  • 1 biji telur ayam
  • Secubit garam, sbb masa rebus ayam kita dah letak garam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Secubit maggi cukup rasa(optional)
  • Sedikit air rebusan ayam

#1: kacau sebati, perapan ni jangan pekat sangat, biar dia cair sederhana je.Gaul dan perap ayam sekejap lebih kurang 15-30 minit dan boleh di goreng seperti biasa.Perapan ini boleh guna untuk tempe jugak. Celup tempe dan goreng.

Bahan Lain :
  • kobis
  • terung(goreng kosong je tak perlu letak apa² perasa)
  • tauhu putih yg fresh tu, potong 4 dan goreng/nak celup tepung boleh, taknak pun boleh.
  • timun

Bahan Resepi Nasi Geprek – Sambal Geprek Ringkas Tapi Sedap :

  • 20 tangkai cili api hijau kecik *
  • 10 tangkai cili merah kecik*
  • 1 biji bawang besar saiz bola tenis*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 biji tomato* (kalau nak sambal masam, lebihkan tomato ya)
  • Secubit gula + garam + ajinomoto
  • 2 x 1 cm belacan

#1: Kisar kasar bahan yang bertanda * Kalau nak kisar kering boleh, kisar letak minyak pun boleh supaya cepat nanti anda nak masak.

Kami nak kongsikan resepi nasi geprek yang menjadi jualan kepada seorang puan ini.

Cara Buat Resepi Sambal Geprek :

#1: Panaskan minyak masak dan masukkan bahan yang telah di kisar. Kena lebihkan minyak masa menumis. Masukkan gula + garam + ajinomoto + belacan.Tumis sehingga pecah minyak dan sambal kering.Sesuaikan rasa buat kali kedua.

Dah siap dan boleh di makan bersama ayam goreng atau ikan goreng. Conpem bertambah nasi.

Boleh masak banyak untuk jadikan stok sambal ni. Kalau nak masak banyak, kena tumis lama sikit dan betul2 pecah minyak lah. Sesuai jadikan pes asam pedas, ikan sumbat, nasi/mee/bihun goreng dan masakan yg sesuai dengannya.

Kami nak kongsikan resepi nasi geprek yang menjadi jualan kepada seorang puan ini.

Sambal ini boleh simpan dalam peti untuk tahan lebih lama

Untuk elak cepat roasak, cara pengambilan kena betul-betul bersih untuk sambal tahan lama.Isi sambal dlm botol/bekas yg kering. Nak ambik sambal guna sudu yg kering dan bersih.

Sambal yg dah di kuarkan, jangan diisi ke dalam bekas sambal tu semula. Nak makan, ambik secukupnya je, maka takdelah terjadinya lebihan sambal.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom