Resepi Nasi Goreng Cina Mudah Tapi Rasa Ummmphhhhh

179584

Sebut saja nasi goreng,mesti semua orang kenal kan.Resepi nasi goreng cina, nasi goreng kampung, nasi goreng paprik dan lain-lain menu yang menjadi pilihan penggemar nasi goreng.Biasanya ramai pelajar universiti dan kolej suka menu ini di kala mencari hidangan untuk makan malam.

Untuk ibu-ibu pula,nasi goreng antara menu bekal untuk anak-anak bawa ke sekolah.Jadi kami nak mudahkan semua orang, kali ni kami nak berikan resepi nasi goreng cina beserta video tutorial.Best kan.

Tips untuk jadikan nasi goreng ni sedap hingga menjilat jari ?

Mestilah gunakan lesung batu untuk tumbuk hancur bahan perencah nasi gorengnya.Baru lebih terasa.

Selain tu juga jangan gunakan nasi yang baru lepas masak.Nanti jadi lembik .Gunakan nasi yang semalam atau salah satu triknya,masukkan nasi putih ke dalam freezer sekitar 5-10 minit untuk.Baru cantik nasi goreng kita seperti di kedai.Jadi sebiji-sebiji.

Indentiti nasi goreng cina ni antaranya warna nasi yang tidak terlalu terang sebabnya tiada guna cili kisar dan sos cili beserta tomato disebabkan hanya guna sos tiram.

Nasi goreng ni juga tidak pedas dan sangat sesuai untuk buat bekal anak-anak ke sekolah.

Jom buat sendiri nasi goreng cina di rumah untuk sekeluarga.Nak nasi goreng yang sedap , gunakan nasi yang semalaman atau masukkan dalam peti sejuk seketika.Nasi goreng cina ni warnanya tak terlalu terang sebab tak guna cili kisar.Tapi rasa best.

Selain itu, sayur untuk nasi goreng ni lebih terkenal dengan sayur lobak merah atau carroct,jagung dan juga telur hancur kan.Nak letak telur mata pun boleh , sambal belacan pun boleh.

Kami suka makan nasi goreng dengan sambal belacan dan ulam timun.Sedap.

BACA DI LINK BARU : Resepi Nasi Goreng Kampung Paling Senang Tapi Sangat Sedap

Jom kita tengok bahan-bahan resepi nasi goreng cina ni.
Kuantiti sukatan bahan adalah untuk 2 orang dewasa ya.Boleh tambah ikut kesesuaian.

  • 2 cawan nasi putih ( yang semalam atau dimasukkan dalam peti sejuk terlebih dahulu )
  • 1 biji telur ayam
  • 1/2 batang lobak merah dipotong dadu
  • Lauk pilihan
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap cair masin
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk perasa
  • Lada sulah /lada putih secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan tumbuk untuk perencah nasi goreng : 

  • 1/4 bawang besar/Holland
  • 2 ulas bawang putih size sederhana
  • 1/2 inci halia

Bahan hiasan nasi goreng :

  • Bawang goreng
  • Hirisan daun bawang

Cara buat resepi nasi goreng cina adalah seperti dibawah.
Anda juga boleh tengok video tutorial khas yang kami sertakan di bahagian bawah dan atas.

Sebut saja nasi goreng,mesti semua orang kenal kan.Resepi nasi goreng cina, nasi goreng kampung, nasi goreng paprik dan lain-lain menu yang menjadi pilihan

#1: Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak.Pecahkan sebiji telur dan kacau sebati biar kuning dan putih telur bercampur.Masukkan dalam kuali dan jadikan telur hancur.Boleh tengok video.Ketepikan.Masukkan pula lauk pilihan dan goreng tanpa minyak.Bila dah masak ketepikan.

#2: Masukkan minyak dalam anggaran 3 sudu makan .Masukkan bahan tumbuk nasi goreng cina kita ni , dan tumis hingga naik bau.Tambahkan sayur lobak merah yang dah dipotong dadu dan biarkan masak.

Jangan tambah air ya.Nanti berair atau lembik nasi goreng.Tak sedap.

#3: Bila dah masak sayur, masukkan sos tiram bersama kicap cair masin.Kita gunakan kicap cair sebab tak nak warna  nasi goreng jadi gelap.Kan nasi goreng ni jernih je kan warnanya.

#4: Masukkan nasi,telur tadi bersama lauk dan lada sulah secukup rasa beserta garam.Apa lagi ,kacau nasi goreng dengan skill yang ada .Ikut lah macam mana asalkan  nasi tu sebati elok je .hee.Rasa dan tambahkan serbuk perasa sedikit.Tengok nasi dah kering, angkat.

Boleh tambahkan daun bawang atau bawang goreng ke dalam nasi goreng cina.Senang je kan.Kami siap makan dengan sambal belacan.Sedap.Hee.Selamat mencuba tau.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom

VIDEO TUTORIAL NASI GORENG CINA :