Bila terlihat resepi nasi goreng simple ini, saya yang berumur 30 an teringat kenangan membesar di kampung. Bila waktu pagi lepas bangun tidur, masuk ke dapur pasti ada bahagian yang telah disiapkan di dalam pinggan masing-masing.
Mesti anda tertanya kenapa siap bahagikan nasi goreng dalam pinggan kan ?
Sebabnya bilangan adik beradik ramai dan bukan orang senang. Jadi makanan siap dibahagikan untuk semua orang. Bila makan nasi goreng simple seperti ini, rasa dia adalah yang paling sedap di dunia ketika itu.
BACA DI LINK BARU : Resepi Bubur Nasi Sangat Sedap Untuk Pembuka Selera
Kalau tiada lauk ikan bilis yang digunakan dalam tu , mesti ada baki ikan rebus goreng semalam yang disiat-siat isinya dicampur sekali dalam nasi goreng. Makan penuh berselera kami.
Sayurnya pula bukan sayur sawi yang menjadi pilihan untuk dimasukkan dalam nasi goreng simple ini tapi adalah sayur kangkung. Sebabnya mudah dipetik di tepi sungai. Tumbuh banyak meliar di sana.
Kalau nak buat resepi nasi goreng ni, antara tips dia yang perlu anda ikut untuk dapakan rasa sama sebijik dengan zaman kecil dulu :
Gunakan cili kering yang ditumbuk dengan lesung batu. Jangan guna cili kisar.Nanti tak best. Sebab cili kering tak kan hancur sepenuhnya tapi itulah yang sedap kan. Rendam dulu dengan air panas sebelum ditos dan tumbuk.
Untuk dapatkan nasi goreng simple yang berketul cantik, gunakan nasi putih yang semalam bakinya. Sebabnya nasi dah jadi keras elok dan bila digoreng ianya berderai sebiji-biji tidak melekat antara satu sama lain.
Kalau tiada nasi semalam, masukkan sekejap nasi ke dalam freezer lebih kurang 5-10 minit. Cara ini pun menjadi tau.
Oh ya untuk nasi goreng simple ni tak perlu letak kicap , sos cili semua. Ianya adalah asli hasil rasa cili kering tumbuk bersama bawang dan sedikit belacan serta ikan bilis. Aduh sedap pula kan.
Bahan Resepi Nasi Goreng Simple :
Kuantiti untuk 2 orang makan.Boleh tambah kurangkan bahan ya.
- 1 1/2 sudu makan hasil cili kering yang ditumbukm kasar
- 1 biji bawang merah saiz sederhana
- 1 ulas bawang putih saiz sederhana
- 1/2 sudu teh belacan jika suka
- 1/2 genggam ikan bilis yang dibasuh cuci bersih
- Sayur pilihan
- Sedikit garam gula serbuk perasa
- Minyak untuk menumis
Cara Buat Nasi Goreng Simple Istimewa :
#1: Tumbuk satu persatu bahan bermula dengan cili kering,baang merah,bawang besar,belacan dan ikan bilis. Ikan bilis tumbuk sekadar untuk melembutkan sahaja.
#2: Tumis semua bahan tumbuk di dalam kuali sehingga naik bau dan masak cantik dengan api sederhana. Masukkan nasi putih yang diramas lembut supaya berderai bersama sayur pilihan sama ada sawi atau kangkung.
#3: Kalau anda nak masukkan telur di dalam nasi goreng simple ni pun pada waktu ini lah.Buatkan lubang di tengah nasi dan pecah kan telur.Tunggu dia masak gaul dengan nasi.
Sesuaikan rasa nasi goreng anda dan siap untuk dihidangkan. Memang sedap sangat walaupun bahan-bahan simple tau.Cuba lah. </>