Resepi Nasi Impit Cantik Kejadiaan.Best Ada Sambal Kelapa

28847
Jom kita tengok resepi nasi impit yang cantik hasilnya. Makan pula dengan kuah kacang dan juga sambal kelapa, memang sedap. Nak sedap lagi, letak 3-4 pucuk sate

Jom kita tengok resepi nasi impit yang cantik hasilnya. Makan pula dengan kuah kacang dan juga sambal kelapa, memang sedap. Nak sedap lagi, letak 3-4 pucuk sate. Memang terbaik. Kalau di Kelantan, ada dijual satu set begini untuk sarapan pagi.

Tapi bergantung pada tempat sama ada set nasi impit,sate,kuah kacang dan sambalnya betul-betul memikat selera atau sekadar biasa.

Untuk kali ini, nasi impitnya dibuat menggunakan pressure cooker. Memang sangat senang. Tapi kalau tiada, boleh gunakan periuk biasa dan masak hingga ianya menjadi bubur.Tiada masalah.

BACA DI LINK BARU Resepi Kuah Kacang Simple Tapi Terbaik Untuk Nasi Impit

Sukatan yang penting .Terima kasih kepada Puan Wan Ros Ina Lina kerana sudi berkongsi resepi nasi impit yang sedap ini. Mengalahkan yang segera.Yerlah, yang original juga jauh lebih sedap kan.

Jom kita tengok resepi nasi impit yang cantik hasilnya. Makan pula dengan kuah kacang dan juga sambal kelapa, memang sedap. Nak sedap lagi, letak 3-4 pucuk sate

Bahan Resepi Nasi Impit Mudah :

  • 3 cawan beras dibasuh bersih
  • 9 cawan air

Sukatan ialah 1 cawan beras : 3 cawan air. Tak kira apa jenis beras anda gunakan.Dan ianya ialah beras biasa. Tak perlu beras basmathi dan seangkatan dengannya.

Cara Buat Resepi Nasi Impit :

#1: Masukkan beras bersih dan air ke dalam pressure cooker dan tekan butang congee/soup. Dah boleh tinggal dah dan buat sambal kelapa nanti.

Masak nasi impit dalam periuk ni senang sebab ianya non stick. Tak melekat. Bila dah masak, keluarkan wap panas dan biarkan sejuk sedikit sebelum ditekan padat dengan senduk kayu.Biar nampak kemas. Tindih dengan kepingan rata dan diletakkan pemberat pun boleh.

Jom kita tengok resepi nasi impit yang cantik hasilnya. Makan pula dengan kuah kacang dan juga sambal kelapa, memang sedap. Nak sedap lagi, letak 3-4 pucuk sate

Biarkan ianya betul-betul sejuk dan mengeras dalam beberapa jam barulah boleh dipotong. Hasilnya, potongan nasi impit anda menjadi cantik.

Sambil tu jom tengok resepi sambal kelapa. Tips mahal,gunakan kelapa sederhana muda . bertambah sedapnya. Kisar kasar sedikit untuk nampak lagi cantik.

Bahan Resepi Sambal Kelapa Nasi Impit :

  • 1 biji kelapa sederhana muda
  • 3 ekor isi ikan rebus/bakar tawar
  • 4 biji bawang merah saiz bola pingpong
  • 3 batang serai diambil 3 cm dari pangkal
  • 1 keping gula melaka
  • Garam gula mengikut selera

Cara Buat :

Goreng kelapa hingga perang tanpan menggunakan minyak. Sangai. Kalau tiada kelapa sederhana muda, guna kelapa tua lapisan putih sahaja. Kisar kasar sebelum goreng untuk dapatkan hasil yang halus sedikit.

Kisar isi ikan , bawang merah ,serai,gula melaka dan campurkan ke dalam kelapa goreng. Masak atas api kecil supaya sambal kelapa menjadi kering dan sedap.Perasakan ikut selera anda.

Dah siap dah.Cara buat kuah kacang dah kami update di bahagian atas. Selamat mencuba.

Jom kita tengok resepi nasi impit yang cantik hasilnya. Makan pula dengan kuah kacang dan juga sambal kelapa, memang sedap. Nak sedap lagi, letak 3-4 pucuk sate

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom