Resepi nasi lemak ni, kalau cakap pasal dia, memang antara menu makanan tradisi dan antara yang popular di Malaysia. Tak kira makan untuk sarapan ke malam ke ,semua popular. Sebab aneka lauk boleh padankan dengan menu nasi lemak ni. Sambal sotong la, sambal udang la, ayam masak merah or ayam goreng berempah, cakap je semua jadi.
Kami nak kongsikan resepi nasi lemak yang sedap dan mudah serta wangi untuk anda cuba bersama resepi ayam goreng berempah yang sangat padan. Nasi lemak yang diletakkan haruman daun pandan semulajadi dengan tambahan santan memang mengasyikkan kan.Cuba tengok gambar ayam berempah ni? Ya kami berikan full video resepi sampai jadi.
Dalam video di atas ni juga semua step membuat resepi nasi lemak termasuk cara untuk dapatkan nasi lemak berderai dan tahan lama tidak basi kami sertakan . Jadi ada 3 bahagian semuanya, resepi ayam goreng berempah, cara buat sambal ikan bilis nasi lemak yang sedap dan juga cara masak nasinya
BACA DI LINK BARU : Resepi Ayam Masak Kurma Menyelerakan Untuk Suri Rumah Sediakan
Bahan-bahan untuk resepi ayam goreng berempah :
Untuk 4 ayam
- 4 ulas bawang putih
- 3 batang serai
- 1 cm halia
Tumbuk bahan di atas ini sehingga serai menjadi rerambut halus. Tips untuk dapatkan rempah ayam goreng yang cantik, kerat sekurang-kurangnya 1 cm bahagian serai.Ketepikan.
Gaul ayam yang telah dibersihkan dengan bahan perap ayam goreng berempah:
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 1/2 sudu makan serbuk kari
- 1/2 sudu makan serbuk cili merah
- 1 sudu teh garam
- 2 sudu makan kelapa parut
Ini rahsia rempah ayam goreng nampak rangup dan banyak selain rerambut serai, masukkan kelapa parut ya. Cara buat tengok di dalam video atas ataupun di bawah ni. Perap selama 30-60 minit.
Jom kita tengok cara buat sambal ikan bilis untuk nasi lemak. Kami tunjukkan cara untuk dapatkan sambal yang sedap untuk resepi nasi lemak ayam goreng berempah ini.
Bahan-bahan sambal tumis ikan bilis:
Untuk 4 orang makan. Gandakan kuantiti jika perlu
- 1 mangkuk ikan bilis
Gorengkan ikan bilis dengan minyak yang sederhana kecil supaya dapatkan tekstur rangup dan tidak hangit. Simpan minyak untuk menumis
- 2 ulas bawang merah *
- 1 ulas bawang putih *
- 1/2 cm halia *
- 1/2 ulas bawang besar *
- Sedikit air
Semua bahan di di atas di kisar
- 4 senduk cili kisar
- 1 keping asam keping
- 3 sudu makan gula melaka
- Sedikit garam,serbuk perasa
Cara buat sambal bilis resepi nasi lemak ni boleh tengok dalam video di atas atau di bawah secara detail. Tips untuk dapatkan sambal yang betul-betul sedap , rebus dahulu cili untuk dijadikan cili kisar. Tumis bahan yang diksiar pada api perlahan dan sehingga pecah minyak.
Masukkan cili kisar dan asam keping. Setiap kali pecah minyak, tambahkan 1 sudu makan gula melaka.Kali pertama pecah minyak, masukkan juga sebahagian ikan bilis goreng tadi . Kali kedua mendidih selain masukkan gula melaka ke dalam sambal nasi lemak, buang asam keping.Kita tak mahu rasanya terperap terlalu lama hingga sebabkan rasa masam. Gula melaka berbentuk ketulan kecil ni tidak manis tapi untuk cantikkan warna. Nampak tak warna sambal nasi lemak begitu cantik ?
Lagi lama sambal tumis ikan bilis ini dimasak dengan api kecil, lagi sedap rasa sambalnya. Ini penting sebab resepi nasi lemak yang sedap dan tahan lama bergantung kepada sambalnya sebagai rahsia. Kami masak hampir 3 jam . Tapi berbaloi.Tengok video cara buat nasi lemak di atas atau di bawah untuk setiap step.
Ok sekarang dah siap sambal , dah perap ayam berempah, jom tengok pula cara sediakan nasi lemak yang tahan lama tidak mudah basi.Nasi lemak ni bagi kami, tak sedap yang jenis melekit basah, tapi kami suka yang lemak, wangi dengan haruman pandan dan berderai. Jom tengok cara masak nasi lemak
Bahan-bahan masak resepi nasi lemak ni untuk 2 cawan beras untuk 4 orang makan.Gandakan kuantiti ikut nisbah diperlukan.
- 2 cawan beras
- Air secukupnya
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu makan minyak masak
- 1/2 cm halia dipotong nipis
- 1/4 cawan santan pekat
Masak nasi hingga kering dengan masukkan bahan-bahan kecuali halia dan santan. Bila dah kering dan warm, baru ditambah halia dan santan. Memang sedap dan tahan lama .Kami masak pagi, nasinya masih elok hingga ke malam. Tengok cara buat lebih detail dalam video di atas atau di bawah.
Sementara menunggu nasi lemak siap, boleh la goreng ayam berempah.Goreng pada api sederhana kecil untuk elakkan hangit pada luar dan tidak masak.Setiap 7 minit sekali terbalikkan ayam.
Bila dah masak toskan dan buang bahan perap dalam kuali tu.Goreng yang baru sehingga kekuningan bahan perap dan angkat. Taburkan bersama ayam. Memang sangat sedap rasa ayam yang lembap dan rangup di luar.
Kami rasa semua rahsia memasak resepi nasi lemak yang sedap dah kami berikan .Selamat mencuba dari kami. Untuk lagi membangkitkan rasa, sila hidangkan nasi lemak ayam goreng berempah ni atas daun pisang.Memang sedap betul.Tapi kami guna daun pandan.Sebab kami suka keharummannya.
Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap.</>