Resepi Nasi Minyak Dengan Ayam Masak Merah Dan Daging Masak Hitam

205885
Sedapnya resepi nasi minyak beserta tips-tips yang diberi.Makan pula bersama lauk ayam merah atau daging masak hitam memang sangat lah sesuai.Best sangat

Sempena dengan cuti ni, kami nak berikan resepi nasi minyak lengkap dengan lauk ayam masak merah dan daging masak hitam. Yelah, mana tau musim cuti atau hujung minggu ada ada rasa nak makan nasi minyak bersama-sama dengan anak, boleh la cuba kan.

Sebelum masak resepi nasi minyak, kami nak berikan tips untuk anda cuba sebelum dan ketika masak nasi minyak untuk dapatkan hasil yang bagus.

1- Gunakan beras basmathi yang berkualiti.Untuk hasil sepuas hati, jangan la guna beras biasa ya.

2- Selepas sahaja nasi sudah masak, terus keluarkan bahan tumis seperti bunga lawang,kayu manis,cengkih,buah pelaga.

Kenapa ?

Untuk elakkan dari rasa berlebihan dalam nasi yang telah siap dimasak.

3- Nasi minyak sesuai dihidangkan dengan acar timun mentah bersama sedikit kubis dan lobak merah, lauk ayam masak merah atau daging masak hitam.

4- Jika anda ingin guna 3,4 jenis pewarna, renjis sedikit ke bahagian atas nasi ketika nasi minyak sudah masak dan kering.Barulah cakar dengan garpu.

5- Untuk elak nasi minyak patah, kaup dari tepi periuk ya.Taburkan bawang goreng,kismis, kacang jika mahu.

Dah ada tips nya , jom kita tengok dan hadam resepi nasi minyak istimewa ni.Memang pakar la anda memasaknya.

Bahan Resepi Nasi Minyak Untuk Nasi :

  • 3 cawan beras
  • 3 cawan air
  • 3 cawan susu segar
  • 3 sudu makan penuh mentega
  • 3 sudu makan bawang besar ( Holland ) dan halia yang dikisar
  • Rempah 4 beradik (kayu manis, bunga lawang, cengkih & buah pelaga)
  • 1 helai daun pandan
  • Secubit garam, gula & ajinomoto utk perasa ikot selera masing2
  • Sedapnya resepi nasi minyak beserta tips-tips yang diberi.Makan pula bersama lauk ayam merah atau daging masak hitam memang sangat lah sesuai.Best sangat

Cara Penyediaan Resepi Nasi Minyak :

#1: Basuh beras basmathi dengan bersih dan toskan. Dalam kuali, cairkan mentega dan tumis bahan rempah 4 beradik sehingga naik bau.Buka api besar sedikit dan masukkan air bersama susu segar.Biarkan mendidih.

#2: Masukkan beras dan simpulkan daun pandan. Masak nasi sehingga masak. Bila dah masak biarkan kering sikit dan barulah masukkan pewarna.Kalau tak nak masukkan pun takpe.

#3: Kaup nasi minyak dari tepi periuk untuk elak biji nasi patah dua.

Tips : Kalau masak nasi 7 cawan untuk ramai makan, guna air 9 cawan dan susu segar 5 cawan dah cukup.

Dah siap nasi untuk resepi nasi minyak best ni, kita boleh la sambung dengan buat acar mentah dan juga lauk pilihan. Kami beri dua resepi lauk untuk anda pilih atau buat keduanya sekali makan dengan hidangan ini.

Sedapnya resepi nasi minyak beserta tips-tips yang diberi.Makan pula bersama lauk ayam merah atau daging masak hitam memang sangat lah sesuai.Best sangat

Untuk resepi ayam masak merah, anda boleh terus ke link ini untuk tengok 3 versi ayam masak merah yang mana berkenan di hati dalam artikel ini juga :

3 Versi Ayam Masak Merah Untuk Anda Cuba Sendiri.Kami Suka No 3.Nyumm

Kalau mahu daging masak hitam pula untuk digandingkan dengan resepi nasi minyak ini, kami ada dua versi yang sangat sedap.Satu versi untuk 1 kilogram daging dan satu versi lagi untuk 5 kilogram daging. Sesuai sangat la untuk masak makan dengan keluarga atau jamu ramai orang.

Sedapnya daging masak hitam bukan sahaja buat makan dengan nasi putih, buah cicah dengan pulut, ketupat palas pun sedap kan.Untuk elakkan daging masak hitam keras , liat dan terlebih rasa, kami berikan tips yang boleh anda ikut ketika masak daging ini.

Resepi Daging Masak Hitam 2 Versi Untuk Harian Dan Kenduri

Untuk acar mentah pula, hiris timun secara memanjang, parut memanjang lobak merah,hiris nenas dan juga kubis. Jangan lupa masukkan juga hirisan cili.

Gaulkan dalam bekas ,masukkan sedikit cuka makan sesuai dengan bahan acar mentah, sedikit garam dan juga gula.

Kacau rata dan masukkan dalam peti atau biarkan 30 minit supaya meresap masuk dalam bahan semua.Baru sedap rasa acar.

Lengkap kan resepi nasi minyak kami beri istimewa untuk anda cuba di rumah.Selamat mencuba tau.</>