Resepi Nona Manis Sedap Dari Pemiliknya Yang Sudah Jual Beribu Biji

8279
Memang berbaloi ikut resepi nona manis yang ini, cukup lengkap dengan segala tips dan rasanya berlemak tapi tak terlalu manis.Boleh la nanti anda jual kuih.

Sebut sahaja resepi nona manis, terus terbayang kuih bersaiz comel yang dikukus dan dimasukkan inti yang manis bersantan.Sangat la sedap rasanya kan. Biasanya kuih ini dijual dalam 6-10 biji sekali gus pada harga yang ditetapkan.

Susah ke nak buat kuih nona manis yang sangat sedap ni ?

Ianya tak susah dan dengan tips pembuatan kuih yang bakal kami berikan, anda bukan sahaja boleh buat untuk dimakan dirumah bersama keluarga malah boleh mula mengambil tempahan kecil-kecilan bagi sumber pendapatan sampingan.

BACA DI LINK BARU : Resepi Nasi Minyak Dengan Ayam Masak Merah Dan Daging Masak Hitam

Resepi kuih nona manis kebiasaan bewarna hijau tapi anda boleh nak guna warna apa pun.Terpulang.Jom tengok tipsnya.

1- Untuk elakkan nona manis tidak cantik dan melekat pada bekas acuan, sapukan sedikit minyak.Baru ianya mudah dikeluarkan.Tapi kalau beribu biji setiap hari anda buat, mesti penat kan. Boleh guna spray minyak atau guna acuan kertas.

2- Tutup penutup pengukus dengan kain tuala bagi elakkan wap air jatuh ke dalam kuih nona manis. 

3- Untuk intinya, anda perlu guna santan kotak bagi dapatkan inti yang kental,berlemak dan pastinya sedap.Boleh guna jenama Ayam Brand atau M&S ikut pilihan.

4- Jangan sesekali keluarkan kuih nona manis dari acuan sewaktu kuih masih panas. Tunggu kuih suam baru keluarkan.Kalau tak habis rosak luaran.Tak cantik.

Jom tengok resepi kuih nona manis yang diberikan dalam sukatan tepat bagi bantu anda dapatkan hasil yang sedap dan menarik walaupun kali pertama buat.

Memang berbaloi ikut resepi nona manis yang ini, cukup lengkap dengan segala tips dan rasanya berlemak tapi tak terlalu manis.Boleh la nanti anda jual kuih.

Bahan Resepi Nona Manis Memikat Selera :

Bahan A Iaitu Inti Santan :

  • 350 ml santan jenama Kara
  • 80 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh garam halus
  • 500 ml air

Cara Penyediaan Inti Santan :

#1: Masukkan semua bahan dalam periuk,kacau seketika sebelum buka api sederhana dan masakkan sehingga mula pekat sedikit.Pastikan adunan sentiasa dikacau untuk elakkan inti berketul dan melekat.Biasanya inti dibuat bila bahan B,C sudah siap.

Gunakan whisk sahaja dah cukup ya.

Bahan B

  • 200 gram gula halus
  • 200 gram tepung gandum
  • 175 ml santan pekat
  • 500 ml air
  • 3 biji telur ayam gred D / kecil yang dipukul seketika dengan tangan sahaja

Cara Penyediaan Bahan B 

#1: Campurkan semua bahan dan kacau sebati.Ketepikan.Guna whisk ya.

Bahan C

  • 100 gram gula halus
  • 60 gram tepung jagung
  • 175 ml santan
  • 300 ml air pandan daripada campuran air dan 4 helai dauan pandan. Kisar & tapis
  •  1 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh perisa pandan
  • 3-4 titik pewarna hijay jika mahu

Cara Penyediaan Bahan C :

#1: Masukkan semua bahan, kacau sebati di atas api sederhana. Kacau sehingga hilang buih. Apabila sudah likat, kecilkan api dan masukkan Bahan B tadi kemudian kacau sebati. Pastikan sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul-ketul

Guna whisk sahaja ya.

Ok bahan untuk resepi nona manis sudah siap untuk disediakan, jadi untuk mudahkan kerja :

Memang berbaloi ikut resepi nona manis yang ini, cukup lengkap dengan segala tips dan rasanya berlemak tapi tak terlalu manis.Boleh la nanti anda jual kuih.

Bahan A iaitu santan dimasukkan didalam botol sos supaya mudah dipancutkan

Bahan B+C letak didalam jug supaya senang untuk dituang dalam bekas kecil kuih nanti.

Jangan lupa panaskan pengukus lebih awal bagi air mendidih DAN sapu acuan dengan minyak untuk mudah dikeluarkan kuih nona manis kita.

Lepas pengukus dah panas , tuang bahan hijau ke dalam acuan.Cukup 3/4 tak perlu penuh.

Baru pancutkan santan betul-betul ditengah adunan dengan masukkan kepala muncung botol ke dalam kuih sedikit. Isi sampai sedikit penuh.

Lepas tu kukus la selama 10 minit dan tunggu suam baru keluarkan kuih nona manis.Ulang la langkah hingga habis.

Kalau anda nak resepi kuih nona manis beraneka warna , resepinya tetap sama cuma letak je perisa dan pewarna yang dikehendaki.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? 

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom