Hari ini kami mahu kongsikan resepi nugget ayam homemade yang sedap. Bukan sahaja tiada lemak dan penuh protein sebab guna isi dada ayam, rasa dia pun sangat sedap. Boleh la ibu semua buat dan bekalkan pada anak-anak.
Jangan risau, anda boleh simpan nugget ini dalam freezer untuk lebih tahan lama dan senang digunakan pada waktu yang diperlukan. Memang sedap betul resepi nugget ayam homemade ni. Berbaloi untuk dicuba.
BACA DI LINK BARU : Resepi Pancake Coklat Eco RM2.10 Best Sangat Buat Camni
Terima kasih kepada Puan El Musliha di atas sumbangan resepi nugget yang sedap dan lengkap ini. Semoga puan dimurahkan rezeki.Lepas ni tak perlu beli nugget ayam Mcd, nugget ayam KFC lah kan.
Bahan Resepi Nugget Ayam Homemade Mudah :
- 500 gram isi dada ayam yang dibersihkan dan dibuang kuliT
- 3 ulas kecil bawang putih di cincang
- 1 biji bawang merah saiz 50 sen lama dicincang
- 1 sudu teh serbuk lada putih
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh daun oregano kering jika ada
- 1/2 sudu teh daun thyme kering
Kalau anda ada campuran daun pun boleh guna juga.
Agen Pelekat Nugget :
- 5 keping roti keping
- 1 cawan susu segar
Bahan Salutan Nugget Ayam :
- 1 biji telur ayam
- 2 sudu makan tepung gandum
- 1 sudu makan tepung beras
- Serbuk roti/bread crumb secukupnya
Cara Buat Resepi Nugget Ayam Tempura Mudah :
#1: Isi dada ayam yang telah dibersihkan tadi dimasukkan dalam food chopper atau dicincang dengan tangan menjadi hancur kecil. Ketepikan seketika. Tuang susu ke atas roti dan biarkan lembik. Tambah campuran ini ke dalam isi dada ayam tadi dan gaul sebati.
Masukkan bahan perasa yang siap disediakan dan gaul sebati. Sementara itu boleh panaskan pengukus dan didihkan air.
Adunan nugget dimasukkan dalam loyang bulat dan diratakan dengan sedikti minyak zaitun atau minyak masak atau unsalt butter untuk elakkan melekat bila dikukus nanti.
#2: Bila air dah mendidh, masukkana loyang yang mengandungi adunan nugget ayam dan dikukus dengan api sederhana selama 25-30 minit. Keluarkan bila siap dan biarkan sejuk.
Potong dengan pisau tajam mejadi kepingan 4 segi yang cantik.Kalau anda suka bentuk lain pun boleh. Bulat ke.
#3: Sediakan bahan salutan. Pecahkan telur dan masukkan dalam bekas A. Ketepikan.
Masukkan tepung gandum bersama tepung beras dalam bekas B dan ketepikan. Masukkan juga serbuk roti dalam bekas C dan ketepikan.
#4: Ambil kepingan nugget tadi, masukkan kali pertama ke dalam telur, golek-golek. Terus masukkan ke atas tepung dan golek-golek.
Alihkan dan masukkan semula ke dalam bancuhan telur dan barulah ke serbuk roti. Golek-golek juga.
Simpan dalam bekas dan dalam freezer untuk lebih tahan. Kalau nak goreng, baru keluarkan dan goreng dengan api sederhana.
Dah siap dah resepi nugget ayam homemade yang sedap ni. Boleh la cicah dengan sos kesukaan anda.
Selamat mencuba resepi best ni.Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom