Resepi Nutella Homemade Yang Penuh Rasa Hazelnut

1448

Antara sapuan atau inti pada roti yang ada di pasaran adalah seperti kaya pandan,pelbagai jenis jem dan juga nutella coklat.

Apa tu nutella ?

Sebenarnya ianya satu jenama lepa coklat yang popular yang berasal dari Itali.Tapi masalahnya harga yang boleh tahan mahal disebabkan penggunaan kacang hazelnut.

Kacang hazelnut ini kalau beli di kedai bakery,1kg boleh mencecah pada harga RM70-80 tau.Boleh tahan.Tapi dalam nutella,ianya tak terasa sangat dan lebih kepada rasa coklat sendiri.

Resepi Nutella Homemade Yang Penuh Rasa Hazelnut

Baik kita buat sendiri lagi berkhasiat lagi rasa kacang kan.

Oh ya,nutella coklat homemade ni bukan sahaja boleh makan dengan roti atau biskut,tapi boleh gabung dengan resepi kek,puding dan biskut.

Cth kek marble ,kek span coklat,donut coklat,puding lapis coklat dan sebagainya.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kek Marble Nutella Kukus Guna Blender Semua Orang Boleh Buat

So antara tips untuk jadikan homemade coklat ni tahan lama pada suhu bilik adalah dengan cara sterilkan terlebih dahulu botol kaca penyimpanan tu.

Panaskan air hingga mendidih dan tutup api.Masukkan botol bersama tudung kaca dalam beberapa minit,barulah dilap kering.

Nak masukkan ke dalam oven dan bakar 10-15 minit pun boleh.Baru tahan lama nutella coklat homemade dan tidak berkulat.

Jom kita tengok bahan-bahan untuk homemade jem coklat ni:

  • 250 gram kacang hazelnut
  • 250 gram coklat dark compound jenama Beryl’s
  • 50 ml minyak zaitun / minyak biasa
  • 1 sudu teh esen vanilla ( optional )

Resepi Nutella Homemade Yang Penuh Rasa Hazelnut

Cara penyediaan pula :

#1: Panaskan kuali non stick atau yang biasa,masukkan kacang dan goreng tanpa minyak sehingga perang.Bila siap ketepikan seketika.

#2: Didihkan air dalam periuk,letak mangkuk besi di atas periuk untuk cairkan coklat guna kaedah double boil.Sambil tunggu coklat cair boleh masukkan kacang bersama minyak dalam pengisar kering dan kisar hingga lumat.

#3: Bila coklat cair,biarkan sedikit suam barulah dicampurkan dengan hasil kisaran tadi bersama esen vanilla.

#4: Dah siap dah nutella homemade.Tuang ke dalam bekas kaca dan tunggu sejuk baru tutup dan simpan di luar pun boleh,dalm peti pun boleh.

Boleh tahan hingga sebulan tau.Tapi kami yakin,tak sampai seminggu dah habis dah nutella homemade ni sebab sedap ya ampun.Selamat mencuba tau.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom

VIDEO TUTORIAL NUTELLA HOMEMADE