Resepi Nutella Pod Best Dan Untuk 20 Biji. Senang Dan Jimat

10484
Memang menarik resepi nutella pod ini.Dengan rasa rangup biskut ditambah pula rasa coklat nutella di bahagian tengah.Boleh buat untuk koleksi biskut raya nanti

Memang menarik resepi nutella pod ini.Dengan rasa rangup biskut ditambah pula rasa coklat nutella di bahagian tengah.Anda boleh sesuaikan nak ketebalan size doh serta jumlah isian nutella di tengah sebab yang akan makan nanti pun ialah anda kan.

Kalau nak cepat, memang terus beli nutella di kedai bakeri berdekatan.Tapi kalau anda lagi sedap, boleh buat sendiri nutella. Hanya gunakan kacang hazelnut dan coklat serta bahan ringkas lain. Kami dah tulis artikel ini lama dahulu.

BACA DI LINK BARU : Resepi Nutella Homemade Yang Penuh Rasa Hazelnut

Terima kasih kepada Puan Azura Isma’eRa di atas sumbangan resepi nutella pod. Boleh tambah dalam koleksi biskut raya sedia ada tahun ini kan. Sedapnya.

Sukatan bahan biskut nutella pod ini ialah untuk anggaran 20-25 biji bergantung pada saiz dan ketebalan.Elok sangat lah untuk yang mencuba pertama kali nak rasa sedap ke tak.

Bahan Resepi Nutella Pod Sukatan Cawan :

  • 1/2 cawan marjerin/butter
  • 3 sudu makan gula halus
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu makan tepung beras
  • 1 sudu makan serbuk badam

Kegunaan tepung beras ialah untuk dapatkan biskut yang rangup. Serbuk badam pula anda boleh di kedai bakeri atau boelh dibuat sendiri. Sangai 3-4 biji badam dan tumbuk hancur.

Memang menarik resepi nutella pod ini.Dengan rasa rangup biskut ditambah pula rasa coklat nutella di bahagian tengah.Boleh buat untuk koleksi biskut raya nanti

Cara Buat Resepi Nutella Pod Mudah :

#1: Dalam bekas, masukkan marjerin, gula dan esen vanilla. Anda kacau dengan tangan hingga sebati. Tak perlu kembang. Tambah masuk kuning telur sahaja dan kacau sebati.

Dalam bekas lain, satukan tepung gandum bersama baking soda,baking powder dan tepung beras. Ayak 2 kali dan barulah dimasukkan dalam adunan tadi secara sedikit demi sedikit sambil menguli bentukkan doh. Tambahkan juga serbuk badam. Bila doh dah terhasil, maka siaplah bab ini.

#2: Di dalam acuan kertas, bulatkan doh ikut ketebalan anda mahu dan masukkan ke dalam acuan kertas. Tekan di bahagian tengah supaya lekuk dan dah siap untuk dibakar.

Panaskan oven 10 minit pada suhu 170’C.Kemudian bakar biskut pada suhu 160’C selama 30 minit menggunakan api atas bawah.

Bila dah masak, biarkan biskut suam dan barulah dipaipkan nutella ke dalam lekukan tadi. Jangan paipkan nutella sebelum dibakar. Taburkan badam cincang jika mahu

Tapi selepas siap dibakar adunan doh tu ea. Dah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba resepi biskut raya ini.Hee

Memang menarik resepi nutella pod ini.Dengan rasa rangup biskut ditambah pula rasa coklat nutella di bahagian tengah.Boleh buat untuk koleksi biskut raya nanti

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom