Resepi Onde-Onde Atau Buah Melaka Yang Mudah Dan Sedap

1053

Kalau sebut kuih ondeo-onde, mesti terbayang dalam kepala suasana pasar Ramadhan.Mana tak nya,kuih ini lebih sinonim pada bulan yang penuh keberkatan bagi seluruh umat Islam terutama yang berada di Malaysia ya.

Tapi ada sesetengah peniaga yang menidakkan keaslian dan kesedapan kuih onde-onde atau dikenali dengan kuih buah melaka ini dengan meletakkan gula putih sebagai inti, melebihkan tepung gandum dan yang paling besar adalah gunakan kelapa tua.Sebab ini lah yang menjadikan sekali makan terus tak berselera tuk habiskan.

Jadi kami sediakan video tutotial dan resepi lengkap dari A-Z khas untuk anda buat sendiri kuih onde-onde di rumah dan tidak perlu beli lagi.Ringkas je bahan-bahan yang diperlukan tau.

Biasanya pada bulan Ramadan je mudah dapat kuih onde-onde gula melaka ni kan, tapi bila dah ada resepi mudah dan best ni, boleh buat bila terasa nak makan

Tips untuk dapatkan kuih onde-onde atau buah melaka ini sedap, jika beli kelapa parut , minta pada penjual gunakan isi kelapa yang sedikit muda berbanding kebiasaan dan hanya ambil bahagian yang putih sahaja.Kalau anda mahukan lagi halus, balik rumah kisar kering kelapa parut supaya lebih halus ya untuk dilumurkan pada permukaan kuih buah melaka ini.

JOM BUAT : Resepi Kuih Seri Muka Pandan Sukatan Cawan Yang Sedap Sangat

Bila dah sebut gula melaka, mestilah intinya guna gula melaka kan.Tapi kami tukar guna gula anau.Gula anau ni popular di Kuala Pilah ,Negeri Sembilan dan kami yang tinggal di Seremban ni selalu pergi ke sana semata-mata untuk dapatkan stok gula anau.Gula anau ini hasinya dari nira pokok anau.Itu yang membezakan kesedapan gula anau dengan gula yang lain.

Biasanya pada bulan Ramadan je mudah dapat kuih onde-onde gula melaka ni kan, tapi bila dah ada resepi mudah dan best ni, boleh buat bila terasa nak makan

Ok bahan-bahan untuk membuat onde-onde adalah seperti di bawah untuk kuantiti 20-30 biji kuih buah melaka ini:

  • 2 cawan tepung pulut ( beras pulut )
  • 2 sudu makan penuh tepung gandum
  • 1 cawan jus pandan ( 7-10 helai daun pandan dikisar )
  • 1 ketul gula melaka
  • 1/2 biji kelapa parut yang diambil bahagian putih
  • 1 sudu teh garam
  • 2-3 helai daun pandan untuk rebusan

Semua bahan yang diperlukan sudah tersedia, jom kita tengok cara-cara pembuatannya:

#1: Di dalam satu bekas, satukan tepung pulut, tepung gandum dan mula adunkan membentuk doh dengan tambahkan jus pandan sedikit demi sedikit.Jangan silap guna tepung ya.Tepung beras adalah berbeza dengan tepung pulut.Sila beli tepung pulut atau tertulis tepung beras pulut ya.Uli adunan sehingga membentuk doh seperti dalam video tutorial di atas atau di bawah.Pastikan hingga doh tidak melekat di tangan.

Biasanya pada bulan Ramadan je mudah dapat kuih onde-onde gula melaka ni kan, tapi bila dah ada resepi mudah dan best ni, boleh buat bila terasa nak makan

#2: Rebuskan air di dalam periuk bersama daun pandan sehingga mendidih.Racik atau potong halus gula melaka tadi.Ambil doh sebesar ibu jari tangan atau saiz yang anda mahu, gentel sekejap dan tekan bahagian tengan atau leperkan, masukkan potongan gula melaka sedikit dan gentel balik seperti dalam video tutorial.

#3: Siap gentel,anda boleh terus masukkan onde-onde atau buah melaka ke dalam air yang telah mendidih.Tak perlu susun seperti kami untuk cara lebih cepat ya.Jika mahu susun, pastikan dulang atau bekas telah ditabur tepung gandum untuk elakkan melekat.

Biasanya pada bulan Ramadan je mudah dapat kuih onde-onde gula melaka ni kan, tapi bila dah ada resepi mudah dan best ni, boleh buat bila terasa nak makan

#4: Rebuskan sehingga onde-onde yang tenggelam muncul di permukaan.Itu tandanya kuih anda telah masak sepenuhnya.Angkat dan tos serta lumurkan ke dalam campuran kelapa parut dengan garam tadi.

Tunggu sejuk dan siap untuk dimakan.Mudah kan bila ada step by step dan video tutorial lengkap kan.Selamat mencuba daripada kami.

Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>

Video Tutorial : Resepi Kuih Onde-Onde