Resepi Oreo Cheesecake Best Tak Perlu Nak Bakar

88845
resepi oreo cheesecake yang sedap dan mudah untuk disediakan. Tak perlu susah-susah nak bakar.Boleh diubahsuai tahap kemanisan ikut suka anda. Terpulang.

Kami nak kongsikan resepi oreo cheesecake yang sedap dan mudah untuk disediakan. Tak perlu susah-susah nak bakar.Boleh diubahsuai tahap kemanisan ikut suka anda. Sama ada tak nak letak gula langsung sebab oreo dah manis atau letak sedikit. Terpulang.

Jika anda kali pertama buat resepi oreo cheesecake ini, ada sedikit tips best :

1 – Guna bekas yang kecil untuk cheesecake nampak tinggi.Guna je loyang saiz 7. Barulah cantik ketinggianya.

2- Kurangkan gula atau tak perlu letak langsung sebab oreo dah manis. Inti cream oreo tengah juga tak perlu gunakan.

3- Sentiasa masukkan di dalam peti sejuk untuk teksture cake yang sentiasa padat dan sedap untuk dinikmati.

BACA DI LINK BARU : Resipi Ikan Siakap Stim Tiada Bau Hanyir Langsung. Best Sangat

Terima kasih kepada Puan Ummu Aysha kerana sudi berkongsi resepi cheesecake oreo ini kepada kami semua. Semoga murah rezeki puan.

Bahan Resepi Oreo Cheesecake Mudah :

  • 1 paket (454 gram  Oreo Small Crushed
  • 140 gram Buttercup atau nak sedap gunakan pure butter
  • 250 gram whipping cream Anchor
  • 100 gram gula halus. Terpulang nak masukkan atau tak
  • 500 gram cream sheese Tatura
  • 2 sudu makan gelatin Halalgel
  • 1 biji lemon

resepi oreo cheesecake yang sedap dan mudah untuk disediakan. Tak perlu susah-susah nak bakar.Boleh diubahsuai tahap kemanisan ikut suka anda. Terpulang.

Cara Buat Resepi Oreo Cheesecake Sedap :

#1: Cairkan butter dalam oven selama 30 saat.Gunakan suhu 190’C. Keluarkan dan campurkan pula dengan oreo yang dah dihancurkan serta dibuang cream tengah. Gaul sebati dan mampatkan pada dasar loyang 7 inci.

Untuk mudahkan anda membuka cheesecake , seeloknya gunakan loyang jenis loose atau yang boleh dibuka ya. Bila dah mampatkan oreo tadi, sejukkan dalam peti chiller selama 1 jam.

#2: Bila dah sampai 1 jam, bolehla mula pukul whipping cream hingga pekat menggunakan mixer tangan. Ketepikan. Masukkan gelatin dalam mangkuk yang mengandungi jus lemon. Masukkan balik dalam oven selama 30 saat pada suhu 190’C / hingga gelatin sebati.Keluarkan dan suamkan.

Dalam bekas lain, pukul cream cheese bersama gula halus dan 70 gram butter sehingga adunan kembang menggunakan mixer. Barulah tambah whipping cream dan juga gelatin tadi. Teruskan pukul hingga semua sebati.

resepi oreo cheesecake yang sedap dan mudah untuk disediakan. Tak perlu susah-susah nak bakar.Boleh diubahsuai tahap kemanisan ikut suka anda. Terpulang.

#3: Keluarkan loyang dari peti sejuk dan tambahkan adunan cream ini ke dalam loyang. Hentak supaya padat. kalau nak tambah topping apa-apa terpulang.

Dah boleh masukkan dalam peti sejuk semula untuk 4 jam. Tu baik buat malam. Pagi esok dah boleh makan dah.hee

Sedap hasilnya. Selamat mencuba resepi oreo cheesecake mudah dan berbaloi ni.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom