Resepi Oreo Cheesecake Lazat Yang Perlu Anda Cuba

49256
Resepi Oreo Cheesecake ini memang popular di kalangan penggemar cheesecake membuatkan tangan sentiasa menyuap cheesecake oreo walau anda sedang berdiet .
Resepi Oreo Cheesecake ini memang popular di kalangan penggemar cheesecake membuatkan tangan sentiasa menyuap cheesecake oreo walau anda sedang berdiet .

Terima kasih singgah di laman web kami untuk resepi cheesecake menggunakan oreo . Cheesecake oreo ini tidak perlu dibakar  menjadikan cara penyediaan kek lazat ini sungguh simple dan tidak memerlukan kepakaran khusus untuk akak dapatkan hasil yang sangat awesome

Bahan – bahan yang diperlukan untuk menghasilkan cheesecake yang lazat ini ringkas dan mudah didapati. Akak perlukan 2/3 bungkus biskut oreo sebagai bahan utama . Kuantiti biskut oreo boleh dipertingkatkan mengikut size hidangan yang akak mahukan. Selain itu, akak perlu sediakan 250 gram cream cheese . Tak kenal ? Cream cheese ini cheese dalam bentuk cream, paling senang , akak pergi di tesco atau pasaraya , cari di bahagian cheese dan ambil yang cream .Akak juga perlukan 200 ml whipping cream yang boleh di dapati di pasaraya juga dan 1/4 cawan butter cup serta akhir sekali , akak masukkan 1/2 cawan gula halus atau 1/3 cawan mengikut tahap kemanisan yang kakak mahukan.

Cara penyediaan resepi cheesecake ini juga mudah.Akak boleh rujuk seperti di bawah .

Pertama , ambil sebungkus biskut oreo dan keluarkan cream di tengah-tengah , masukkan ke dalam mangkuk lain. Biskut oreo yang telah siap dikeluarkan cream dimasukkan ke dalam plastik dan akak hancurkan dengan pemukul / apa-apa objek sehingga lumat . Tujuannya adalah untuk jadikan tapak cheesecake . 1/4 butter cup pula akak cairkan menggunakan kaedah double boiling atau dalam bahasa mudahnya , akak masukkan air dalam satu periuk sederhana , panaskan pada api sederhana , masukkan butter cup tadi ke dalam mangkuk logam dan mangkuk logam itu diletakkan ke atas air yang sederhana panas itu tadi.

Hasil buttercup yang telah cair tadi akak gaul sebati dengan biskut oreo lumat dan jadikan satu lapisan bawah yang rata di dalam bekas bulat atau apa2 bekas yang akak mahu . Setelah selesai , akak sejukkan sekejap di dalam peti ais untuk keraskan sedikit bahagian lapisan tapak itu.

Resepi Oreo Cheesecake ini memang popular di kalangan penggemar cheesecake membuatkan tangan sentiasa menyuap cheesecake oreo walau anda sedang berdiet .
Resepi Oreo Cheesecake ini memang popular di kalangan penggemar cheesecake membuatkan tangan sentiasa menyuap cheesecake oreo walau anda sedang berdiet .

Kedua , setelah lapisan tapak itu dimasukkan ke dalam peti ais untuk disejukkan , akak masukkan cream cheese , whipping cream dan gula halus yang akak sukatkan serta cream biskut oreo itu tadi ke dalam satu bekas dan menggunakan handmixer pada kelajuan sederhana , akak adunkan semuanya sebati . Bila sebati, akak hancurkan sebungkus lagi biskut oreo pada tahap sedikit hancur dan masukkan ke dalam adunan ini . Gaul rata.

Ketiga , keluarkan bekas yang mengandungi lapisan tapak  cheesecake dari peti ais dan masukkan adunan di langkah kedua ke dalam bekas . Ratakan dan masukkan balik ke dalam peti ais. Keluarkan bila akak hendak makan sahaja. Siap dah resepi cheesecake mudah dan lengkap ini kan . 🙂

Tips untuk dapatkan hasil cheesecake yang sedap dan menarik
– Guna bekas yang kecil untuk cheesecake nampak tinggi
– Kurangkan gula , x sedap manis
– Sentiasa masukkan di dalam peti sejuk untuk tekture cake yang sentiasa padat.