Resepi Pancake Coklat Eco RM2.10 Best Sangat Buat Camni

1822
Memang sedap sangat resepi pancake coklat eco ni. Sebabnya ianya dah ditambah dengan bahan premium lain. Lembut dan gebu. Boleh la anak bawa bekal ke sekolah

Resepi pancake coklat ini memang best untuk jadikan bekal sekolah anak-anak. Yang menariknya, ianya gunakan tepung pancake yang dijual di kedai ECO. Betul RM2.10 sahaja.

Tapi jangan silap, rasa yang dihasilkan sangat sedap dengan rasa pancake lembut dan berongga elok. Ini kerana cara buat resepi pancake coklat telah diubah daripada asal.

Anda boleh buat adunan resepi pancake coklat pada sebelah malam dan masukkan ke dalam peti sebelum dibuat pada waktu paginya.Kalau nak menyenangkan kerja. Bila bangun pagi, barulah sediakan untuk menu sarapanKalau pancake biasa, anak-anak lambat je nak habiskan tapi bila guna resepi pancake coklat ni, siap bertambah sekeping lagi diorang. Ada yang suka makan dengan sirap coklat Hershey, madu dan juga sapuan butter.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kek Ombre Kukus Pink Cantik Tapi Gebu. Best

Tips untuk penyediaan resepi pancake coklat :

1-Untuk dapatkan rasa yang premium walaupun guna tepung pancake eco, kita akan tambahkan unsalt butter, susu cair sebagai ganti kepada minyak dan air. Kalau tiada susu cair,  boleh guna susu segar.

Untuk dapatkan pancake coklat yang cantik, gunakan kuali daripada jenis non stick untuk elak melekat.Sentiasa gris/oles permukaan  kuali dengan sedikit butter setiap kali buat yang baru.

Hasilnya pancake coklat akan cantik bentuknya tak melekat dan masak elok. Gunakan api kecil dan masa bakar pancake adalah 1 minit 30 saat untuk setiap permukaan. Lepas balikkan, set lagi masa 1 minit 30 saat. Lepas tu angkat.

Terima kasih kepada Tuan Ben Safwan yang sentiasa berkongsi resepi menarik dan mudah untuk disediakan. Semoga tuan murah rezeki sentiasa. Boleh follow di sini : https://www.facebook.com/bensafwan88

Bahan Resepi Pancake Coklat Mudah : 

  • 1 pek pancake coklat Eco
  • 1/2 sudu makan unsalt butter
  • 1 biji telur ayam
  • 140 ml susu cair
  • 1 sudu makan gula ( kurangkan kps 1/2 sudu makan jika nak makan dengan sirap coklat atau madu )

1 pek pancake ini akan hasilkan 4 keping pancake coklat yang cukup mengenyangkan.

Memang sedap sangat resepi pancake coklat eco ni. Sebabnya ianya dah ditambah dengan bahan premium lain. Lembut dan gebu. Boleh la anak bawa bekal ke sekolah

Cara Buat Resepi Pancake Coklat Gebu :

#1: Cairkan dulu unsalt butter dalam periuk. Baru tambahkan susu cair dan gula. Kacau sebati dan suamkan.

Barulah masuk dalam adunan yang dimasukkan telur.Whisk hingga sebati. Biarkan 5 minit.

#2: Sapu butter pada kuali rata. Api kecil sahaja. Tuang satu senduk adunan pancake. Biarkan 1 minit 30 saat dan terus balikkan.

Sama juga tunggu lagi 1 minit 30 saat dan angkat. Api kecil ya. Kalau tak ,hangit. Tak cantik.

Setiap kali nak bakar, oles butter sikit. Ini salah satu tips dia dapat permukaan cantik. Setiap kali. Jadi oles unsalt butter dan api kecil serta timing tepat mainkan peranan penting untuk dapatkan hasil pancake coklat yang cantik.

Memang sedap sangat resepi pancake coklat eco ni. Sebabnya ianya dah ditambah dengan bahan premium lain. Lembut dan gebu. Boleh la anak bawa bekal ke sekolah

Dah siap. Mudahkan. Memang bertambah sedap daripada cara yang disyorkan di bahagian belakang. Mana taknya, kita tambahkan bahan premium masuk. Selamat mencuba.

Selamat mencuba resepi best ni.Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom