Resepi Pancake Milo Senang Tapi Sedap Untuk Sarapan Anak-Anak

58112
Resepi pancake milo sesuai untuk anda yang mahu siapkan breakfast yang membuka selera . Kami beri tips untuk dapatkan pancake milo yang cantik lagi sedap.

Resepi pancake milo yang disiarkan ini sesuai sangat untuk dijadikan menu sarapan untuk anak-anak dirumah atau dibawa bekal ke pejabat kerana resepinya yang mudah dan cepat untuk disediakan.

Anda boleh buat adunan resepi pancake milo pada sebelah malam dan masukkan ke dalam peti sebelum dibuat pada waktu paginya.Kalau tak habis,masukkan semula ke dalam peti.Senangkan.

Kalau pancake biasa, anak-anak lambat je nak habiskan tapi bila guna resepi pancake milo ni, siap bertambah sekeping lagi diorang.

BACA DI LINK BARU : Resepi Lempeng Pisang Mudah Yang Perlu Anda Cuba Untuk Sarapan

Tips untuk penyediaan resepi pancake milo :

Kalau nak senang, boleh masukkan semua bahan dan gunakan mixer atau pengisar makanan.Lepas tu masukkan dalam peti untuk perap .

Untuk dapatkan pancake milo yang cantik, gunakan kuali daripada jenis non stick untuk elak melekat.Boleh gris permukaan  kuali dengan sedikit butter setiap kali buat yang baru.

Hasilnya pancake milo bukan cantik berlubang dan tak melekat tapi jadi lebih sedap tau.

Resepi pancake milo sesuai untuk anda yang mahu siapkan breakfast yang membuka selera . Kami beri tips untuk dapatkan pancake milo yang cantik lagi sedap.

Bahan Resepi Pancake Milo Kesukaan Anak-Anak :

  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu cair/ susu segar
  • 3 paket Milo 3 in 1 / 5 sudu makan milo
  • 3 sudu makan butter dan dicairkan
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder

Cara Penyediaan Resepi Pancake Milo Mudah :

#1:  Pecahkan telur & kacau untuk membuat resepi pancake milo. Masukan susu, soda bicarbonate, baking powder, tepung gandum, milo dalam mangkuk telur, kacau hingga sebati dan masukan butter cair. Saya blend je semua guna blender. Nak guna mixer pun boleh, pastikan sebati ye semua bahan – bahan untuk resepi pancake milo

#2: Sapukan sedikit butter pada non-stick pan. Gunakan non-stick yg saiz 3-5inci. Tuangkan 1 senduk adunan dlm pan, gunakan api kecil sahaja ye untuk elakkan hangit

Resepi pancake milo sesuai untuk anda yang mahu siapkan breakfast yang membuka selera . Kami beri tips untuk dapatkan pancake milo yang cantik lagi sedap.

#3:  Bila bahagian atas berlubang-lubang udara dan hampir agak kering, bolehlah diterbalikan. Jangan biar lama sangat ya untuk elakkan hangit dan terlebih masak. Biarkan sekejap & terus angkat.

Pancake milo sedia untuk dihidangkan.

Untuk tips tambahan :

* sekiranya agak adunan cair, tambah sedikit tepung.

* tuangkan Hershey chocolate syrup, atau bancuh sepeket Milo 3 in 1 dgn air panas skit, tuang atas pancake.

Selamat mencuba menu sarapan mudah tapi sedap ini.</>