Pau Cendawan . Apa Kata Buat Sendiri Daripada Beratur Panjang

95080
cara buat pau cendawan , pau kukus , inti ayam pau , pau ayam ,

Menjadi viral Ramadan kali ini dengan pau cendawan . Sebenarnya apa pau cendawan ini sehingga beratur panjang pengunjung di bazar Ramadan Putrajaya dan juga Bangi ?

Untuk yang belum tau apa itu keistimewaan pau cendawan, ianya adalah pau yang dikukus lembut dan mempunyai topping yang rangup beserta inti yang amat sedap dengan rasa sup cendawan dan juga isi ayam .

Sedap memang sedap rasa pau cendawan ini , tapi akibat kena beratur yang panjang , memang leceh la, jadi , apakata hari ni kami berikan anda resepi pau cendawan yang istimewa ini. Jom tengok cara buat pau cendawan anda sendiri .
BACA DI LINK BARU : Resepi Biskut Kacang Gebu – Resepi Biskut Raya 2015

Bahan – bahan yang anda perlukan adalah untuk bahan doh , inti doh dan juga kulit pau cendawan ini . Kuantiti di bawah adalah untuk sekitar 10-11 biji pau cendawan ya .

Untuk doh 
250 gram tepung pau
1 sudu teh yis
3/4 sudu teh baking powder
50 gram gula kastor
1/2 sudu teh pelembut roti
120 mililiter air masak
20 gram shortening

Untuk kulit cendawan

2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar air masak

Untuk Inti

1 cawan ayam (direbus dan diracik-racik)
1 cawan cendawan (dicincang – boleh guna butang, shitake, maitake dll)
1 biji bawang besar (dicincang)
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan stok ayam
1 cubit garam dan serbuk lada hitam

BACA DI LINK BARU : Resepi Biskut Coklat Chip – Resepi Biskut Raya 2016

Jadi bahan-bahan pau telah pun ada , jom kita tengok cara buat pau cendawan ini pula. Untuk buat bahan doh , masukkan semua bahan kecuali shortening dan gaul rata kesemua. Masukkan shortening dan uli hingga membentuk doh yang lembut . Jika doh anda lembik , tambahkan sedikit demi sedikit tepung pau .
.
Rehatkan doh selama 10 minit supaya doh mengembang. Sementara itu , anda boleh masakkan inti pau  ini pula.
Gunakan api sederhana kecil , panaskan mentega dan minyak , tumiskan bawang yang dipotong tadi sehingga layu dan wangi baunya, seterusnya masukkan pilihan cendawan anda yang dipotong halus. Masak sehingga cendawan menjadi layu.
.
Selepas itu perasakan dengan lada hitam dan garam . Masukkan tepung gandum dan kacau sebati , tambahkan stok ayam dan biarkan kesemua bahan mendidih sehingga menjadi pekat. Masukkan pula cebisan ayam dan sebatikan. Siap untuk inti ya.
.
Doh yang direhatkan tadi, ambil dan bahagikan kepada 10 bahagian kecil serta simpan sedikit bahagian doh untuk dibuat tangkai pau  nanti. Bulatkan doh yang dibahagikan dan masukkan inti ayam tadi . Manakan batang cendawan dibuat menggunakan lebihan doh tadi. Gentel elok2 .
.
Kulit pau yang bewarna coklat pula buat dengan bahan di atas. Bancuhkan semua bahan sehingga menjadi seperti coklat ganache. Jika terlalu pekat, tambahkan air.
.
Berus coklat tadi pada permukaan doh . Biarkan kesemua doh selama 40 minit sehingga permukaan atas menjadi pecah dan berbentuk cendawan.
.
Kukus semua doh dengan pengukus menggunakan api besar selama 10 minit . Selepas itu sejukkan sekejap dan buatkan lubang di bawah pau  untuk dimasukkan batang cendawan tadi.
.
Kukus semula pau selama 2/3 minit lagi dan akhirnya , pau cendawan anda telah pun siap .

cara buat pau cendawan , pau kukus , inti ayam pau , pau ayam ,
.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom