Resepi Pau Sambal Ikan Bilis Gebu Gebas. Best Sangat Tau

18644
Kami kongsikan resepi pau sambal ni.Tengok pun dah tahu kan, memang gebu gebas sungguh.Montel cantik bulat-bulat. Diisi pula dengan sambal ikan bilis.sedap

Hari ini kami mahu kongsikan resepi pau sambal ni.Tengok pun dah tahu kan, memang gebu gebas sungguh.Montel cantik bulat-bulat. Diisi pula dengan sambal ikan bilis dan hirisan timun, memang sedap gandingannya. Boleh anda cuba buat nanti.kalau nak buat pau sambal frozen pun boleh ikut cara ni. Tetap lembut lepas simpan lama.

Sebelum hasilkan resepi pau sambal sedap ini, ada beberapa tips penting yang perlu anda titik beratkan untuk dapatkan hasil yang awesome.

1- Test yis mauripan sama ada hidup aktif atau sudah mati. Ini penting dalam tentu aturkan kegebuan pau sambal anda.Masukkan sedikit air suam di bawah suhu 60’C. Tunggu 5-8 minit tengok ada berbuih tak. Kalau ada ,ok cun ianya boleh digunakan. Kalau takde, maksudnya yis anda mati dan buat lain.

2- Hanya gunakan tepung gandum jenama/cap Sauh ataupun Faiza untuk resepi pau sambal.

3- Kalau anda suka pedas, boleh guna cili kering kerinting tapi jika nak sambal ikan bilis yang tak pedas, gunakan cili kering gemuk sahaja ya seperti dalam gambar.

Sama ada nak buat makan sendiri atau nak berniaga nasi lemak, resepi sambal nasi lemak ni memang terbaik. Lengkap dan padat dengan tips serta resepi best

Terima kasih kepada Cik Ismi Ismi di atas sumbangan resepi pau sambal ikan bilis ini. Memang menggiurkan sungguh. Semoga murah rezeki puan sekeluarga.

Sukatan bahan di bawah ini akan hasilkan 30-35 biji pau sambal ikan bilis ya.

Kami kongsikan resepi pau sambal ni.Tengok pun dah tahu kan, memang gebu gebas sungguh.Montel cantik bulat-bulat. Diisi pula dengan sambal ikan bilis.sedap

Bahan Resepi Pau Sambal Simple Ikan Bilis :

Bahan A :

  • 550 gram tepung gandum cap Sauh/Faiza *
  • 1 sudu teh garam *
  • 1 sudu teh baking powder *
  • 1 sudu teh soda bikarbonat/baking soda *
  • 2 sudu makan marjerin cap pelangi

Satukan dalam satu mangkuk besar bahan bertanda dan ayak 2 kali untuk sebatikan ya.

Bahan B :

  • 1 paket kecil yis mauripan yang aktif ikut cara di atas
  • 3 sudu makan gula
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 280-300 ml air suam bawah suhu 60’C. Kalau atas dari ini, yis akan mati.

Satukan bahan atas ini dalam semua bekas bila dah uji yis tadi. Kacau sebati dan biarkan ianya kembang bersatu untuk 10-15 minit.

Bahan C :

  • 1 biji telur ayam kecil gred C

Cara Buat Resepi Pau Sambal Gebu :

#1: Dalam satu bekas besar, tambah masuk Bahan A ( tepung dan marjerin ),masukkan Bahan C iaitu telur ayam dan seterusnya Bahan B sedikit demi sedikit sambil menguli.

Kalau tepung masih lagi lembik, jangan risau, masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum.Uli hingga tepung boleh ditarik-tarik dan cantik tidak melekat di tangan.

Barulah tutup adunan dalam bekas tu dengan kain basah untuk 10-15 minit supaya ianya mengembang.Dah siap,buka penutup, kita akan nampak adunan mengembang. Tumbuk banyak kali supaya angin keluar.

Ambil adunan sebesar bola pingpong dan bulatkan cantik. Baru letak atas dulang yang disapud dengan tepung untuk elak melekat.

#2: Biarkan pau mengembang untuk 25-30 minit, barulah boleh panaskan minyak yang banyak. Masak dengan api yang perlahan/kecil.Masukkan pau dan balikkan pau apabila dah mula nampak coklat. Angkat.Ini untuk cara makan terus.

Kalau anda nak simpan frozen, masak hingga mula kuning je.Sekejap sahaja.

Potong pau yang siap tadi dan dah sejuk dengan pisau tajam.Baru cantik potongan dia.Sumbat masuk  1 1/2 sudu teh sambal dan hirisan timun.

Kami kongsikan resepi pau sambal ni.Tengok pun dah tahu kan, memang gebu gebas sungguh.Montel cantik bulat-bulat. Diisi pula dengan sambal ikan bilis.sedap

Untuk resepi sambal tumis sedap, anda ikut je resepi ini. Insyaallah berbaloi baloi hasilnya. Resepi Sambal Nasi Lemak Yang Tahan 4-5 Hari Tanpa Risau.Ini Rahsia Peniaga.

Dah siap resepi pau sambal ikan bilis ni. Memang terbaik. Boleh la anda cuba buat di rumah. Boleh buat untuk frozen juga kan. Best.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom