Resepi peria goreng rangup ini memang sedap untuk anda sediakan stok. Mana tahu untuk bawa pergi travel, mudah untuk makan dengan nasi panas-panas atau dijadikan kudapan seharian. Murah je kos untuk sediakan peria goreng ini. Guna pun peria katak.
Untuk dapatkan resepi peria goreng tidak pahit, ada tips yang perlu anda cuba. Selepas peria dihiris nipis , rendamkan dengan air garam selama 1 jam sebelum dibersihkan dan ditos.
Cara ini akan kurangkan banyak rasa pahit peria.Memang best kan.
BACA DI LINK BARU : Resepi Lepat Pisang Mudah Tapi Best.Siap Tips Lipat Cantik Elok
Anda kena ingat, peria yang digoreng mestilah dalam keadaan kering untuk dapatkan rasa rangup yang betul-betul rangup. Jadi selepas direndam dan ditoskan tadi, lap kering peria dengan tisu dapur sebelum disalutkan dengan tepung.
Tak perlu letak garam gula atau lada untuk salutan tepung. Hanya guna 3 jenis tepung seperti di bawah.
Terima kasih kepada Puan Nur Kartinie di atas resepi peria goreng yang rangup ni. Memang best untuk dijadikan kudapan sambil menonton tv atau dibawa makan dengan nasi panas untuk travel.
Bahan Resepi Peria Goreng Rangup :
- 10 biji peria katak
- 2 cawan tepung Bestari Original
- 2 cawan tepung Bestari Spicy
- 2 cawan tepung jagung
Cara Buat Resepi Peria Goreng Mudah :
#1: Bersihkan sayur peria katak. Belah dua dan buang biji di tengah-tengah. Barulah dipotong nipis dengan pisau. Kalau nak guna sagat pun boleh, tapi lebih senang menggunakan pisau. Kalau ada food processor lagilah senang.Sesuai untuk anda yang maniaga kecil-kecilan.
#2: Peria yang siap dihiris direndam dengan air garam selama 60 minit. Untuk 10 biji peria, gunakan 2-3 sudu makan garam halus atau garam buku kecil. Dah cukup dah.
Lepas 60 minit, bilas dan toskan. Lap peria dengan tisu dapur untuk betul-betul keringkan air atau hala sahaja kipas ke arah peria sambil mengelap.
Dalam bekas lain, masukkan 3 jenis tepung tadi. Kalau tak cukup takpe,. sukat sama 3 jenis tepung dan tambah masuk.Maksudnya, kalau 1 cawan tepung jagung, yang lain pun 1 cawan juga. Kecuali anda nak lebih pedas, tambah sedikit yang tepung bestari pedas.
#3: Masukkan peria dan salut bersama tepung sedikit-sedikit. Untuk elakkan tepung melekat lebih, letak balik peria dalam bekas jarang/penapis dan goyangkan agar salutan tepung jatuh balik ke dalam bekas tepung. Jadi anda akan dapat salutan sekata. Sambil itu panaskan 2 kg minyak dalam kuali besar.
Bila minyak dah cukup panas dengan suhu api sederhana besar, masukkan lebih kurang 2 genggam bergantung pada besar kuali dan goreng hingga rangup.Balik-balikkan .
Dah rangup dan garing, angkat dan toskan dan letak di atas tisu dapur untuk serap lagi lebihan minyak.
Bila dah sejuk barulah simpan dalam bekas kedap udara dan siaplah resepi peria goreng terbaik anda pernah rasa.Mudah kan sebab tips lengkap. Selamat mencuba.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom