Resepi Pes Ikan Bakar Best Terangkat Dengan Air Asam

1848
Ini resepi pes ikan bakar yang akan kami berikan.Nak sedap rasa ikan bakar  memang kena bakar atas aroma bara api dan dalam daun pisang. Beraroma

Puas hati makan ikan bakar camni. Lebih sedap dari sesetengah kedai ikan bakar tau, Ni resepi pes ikan bakar yang akan kami berikan.Nak sedap rasa ikan bakar  memang kena bakar atas aroma bara api dan dalam daun pisang. Aroma dua tu bergabung. Bakar sampai juicy sahaja. Jangan over nanti kering tak sedap sangat.

Terima kasih kepada Encik Ben Safwan  ( Follow Ben di sini : https://www.facebook.com/bensafwan88/ )yang sudi berkongsi resepi pes ikan bakar. Tengok pun dah tahu kesedapan dia kan.

BACA DI LINK BARU : Resipi Roti Manis Best Untuk Anda Buat Di Rumah

Bahan Resepi Pes Ikan Bakar Ikut Tekak Ben

Pertama sekali kena buat pes ikan bakar. Nak sedap sama macam tekak Ben rasa,follow sebijik bijik apa yang Ben buat.

  • 600-700 gram cili kisar
  • 5 biji bawang merah saiz bola pingpong dibakar dengan arang
  • 3 ulas bawang putih dibakar dengan arang
  • 1 biji bawang holland saiz bola tenis dibakar dengan arang
  • 1 biji tomato besar saiz bola tenisdibakar dengan arang sampai kulit mulai tercabut
  • 1 tangkai ketumbar n akar 70-90 gram
  • 1 tangkai bunga kantan
  • 2 cm panjanghalia muda
  • 4 cm panjang lengkuas
  • 2 cm panjang kunyit
  • 5-6 lada burung pedas ( lebihkan kalau suka pedas
  • 3×3 cm belacan dibakar arang
  • 2 pek perencah ikan bakar ADABI
  • 3 sudu makan kicap pekat jalen
  • 2 batang serai
  • 1 sdm makan asam jawa amek air dia
  • 1 sdm serbuk perasa
  • Gula perang secukupnya,garam ( bagi masak biar rasa lebih sikit manis masin sbb nak makan dengan nasi )
  • Minyak untuk menumis . Guna minyak banyak nanti akhir proses baru buang minyak

Ini resepi pes ikan bakar yang akan kami berikan.Nak sedap rasa ikan bakar  memang kena bakar atas aroma bara api dan dalam daun pisang. Beraroma

Cara Buat Resepi Pes Ikan Bakar Sedap :

#1: Bakar bawang yang perlu dibakar. Ben guna arang sabab aroma lebih sedap.Lepas tu masukkan semua bahan dan kisar kecuali cili kisar dan air asam jawa.Tumis semua bahan kecuali cili kisar n asam jawa. Dah pecah minyak baru masukkan cili kisar.Tunggu pecah minyak lagi dan perasakan dan biar pecah minyak lagi.

Dah rasa cukup,sejukkan ,buang lebihan minyak sikit dan simpan dalam peti

Cara Guna Resepi Pes Ikan Bakar :

#1: Masukkan 1-2 senduk pes ikan bakar atas daun pisang dan baru letak ikan yang siap dikelar.Tambah lagi pes 1-2 senduk dan tutup dengan daun pisang.

Bakar atas bara api . Tinggikan sedikit jarak bara dan permukaan daun pisang supaya tak mudah hangit.

Bakar sehingga ikan mulai masak dan masih juicy.

Ini resepi pes ikan bakar yang akan kami berikan.Nak sedap rasa ikan bakar  memang kena bakar atas aroma bara api dan dalam daun pisang. Beraroma

Cara Buat Air Asam Untuk Gandingan Resepi Pes Ikan Bakar :

#1: Dalam mangkuk letak hirisan daun ketumbar sikit,lada burung hiriss.Tambah 3 sudu makan pes air asam yang Ben dah bagi resepi, 1 sudu makan minyak cili premium Ben, 1 sudu makan jeruk lada solok bersama air jeruk,1 sudu teh serbuk cili thai dan 2 sudu makan kicap manis.

Kacau rata. Siap.Dah boleh makan seisi keluarga.

Ini resepi pes ikan bakar yang akan kami berikan.Nak sedap rasa ikan bakar  memang kena bakar atas aroma bara api dan dalam daun pisang. Beraroma

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom