Resepi Pisang Goreng Rangup Sambal Kicap Best Untuk Anda Cuba

15297
Rugi kalau anda tak cuba resepi pisang goreng rangup ini. Best sangai untuk pisang, ubi keledek dan juga cempedak. Resepi sambal kicap pun ada. Berbaloi

Hari ini kami mahu kongsikan resepi pisang goreng yang sangat sempurna untuk anda cuba. Dengan warna kuning keemasan, adunan bancuhan melekat elok pada pisang dan cukup rangup. Walau dibiarkan lama, ianya tidak lembik dan pisang goreng tak serap minyak. Best kan,

Adunan bancuhan resepi pisang goreng ini boleh anda guna bukan untuk setakat pisang sahaja. Tapi kepada ubi keledek goreng, tapai ubi goreng dan juga cempedak goreng. Cuma boleh kurangkan sedikit air untuk pastikan bancuhan melekat elok pada bahan.

Tips untuk hasilkan resepi pisang goreng rangup :

1- Yis yang hendak dimasukkan perlulah diuji terlebih dahulu dengan air suam sekitar suhu 40-50’C. Jika ianya berbuih, tanda yis elok dan boleh digunakan. Kalau tak, tukar yis lain. Jangan gunakan air panas. Perap bancuhan pisang goreng sekitar 5 minit sebelum guna.

2- Goreng pisang dalam suhu sesuai. Jangan api terlalu besar nanti dia cepat hangit. Jangan kecil sangat nanti dia lembik dan serap minyak.

BACA DI LINK BARU : Resepi Sambal Petai Tempe Asam Best Makan Dengan Ikan Goreng

3- Untuk sambal kicap, pastikan anda bakar bawang merah dna bawang putih hingga masak untuk elakkan rasa mentah bawang.Cili juga dibakar untuk elakkan rasa pijar.

4- Kalau nak lagi gebu, anda boleh juga guna telur itik bagi gantikan telur ayam dalam bancuhan pisang goreng. Ada juga sesetengah orang yang letakkan kelapa parut dalam bancuhan. Terpulang yang mana anda suka.

Memang sedap pisang goreng cicah sambal kicap dan juga resepi pisang goreng cheese leleh yang kami sediakan ini. Terima kasih kepada Tuan Ben Safwan di atas resepi. Anda boleh follow beliau di Fb. Banyak resepi best.

Rugi kalau anda tak cuba resepi pisang goreng rangup ini. Best sangai untuk pisang, ubi keledek dan juga cempedak. Resepi sambal kicap pun ada. Berbaloi

Bahan Resepi Pisang Goreng Rangup :

  • 3 sudu makan membukit tepung beras cap 1 gajah
  • 3 sudu makan membukit tepung gandum
  • 3 sudu makan membukit tepung jagung
  • 1/2 sudu makan marjerin buttercup ( dicairkan )
  • 1/2 sudu teh yis mauripan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Air suam secukupnya
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh serbuk kunyit

Cara Buat Resepi Pisang Goreng Sedap :

#1: Bancuh semua bahan di atas dengana air suam secukupnya. Masukkan sedikit demi sedikit dan kacau hingga dapat keepkatan yang sesuai dan biarkan 8-10 minit sebelum celup pisang dan goreng.

Potong dua pisang pilihan. Kali ini kami gunakan pisang berangan yang 60% masak. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali dengan api sederhana besar.

Rugi kalau anda tak cuba resepi pisang goreng rangup ini. Best sangai untuk pisang, ubi keledek dan juga cempedak. Resepi sambal kicap pun ada. Berbaloi

#2: Bila minyak dah panas, celupkan pisang dalam bancuhan dan masukkan dalam kualit. Goreng pada suhu api sesuai dengan pastikan buih panas sentiasa ada dan tidak terlalu mendidih.

Bahan Resepi Sambal Kicap :

  • 1/2 bawang merah saiz bola pingpong
  • 4 cili thai tapi Ben guna 3 sahaja
  • 3 ulas kecil bawang putih

Cara Buat Resepi Sambal Kicap Pisang Goreng :

Bakar sampai layu semua. Tumbuk lepas tu masukkan kicap pekat manis secukupnya. Perah asam limau kasturi sedikit dan dah siap.

Senang kan. Pisang goreng sedap sangat kalau anda cicah dengan sambal kicap ni.Tapi kalau anda nak resepi pisang goreng cheese, senang je.

Rugi kalau anda tak cuba resepi pisang goreng rangup ini. Best sangai untuk pisang, ubi keledek dan juga cempedak. Resepi sambal kicap pun ada. Berbaloi

Susun pisang goreng, tuang sedikit susu pekat manis dan parut cheese cheddar ke atas pisang. Sedap dibuat sewaktu pisang goreng masih lagi panas. Ianya akan cairkar keju.

Selamat mencuba resepi best ni.Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom