Resepi Pizza Lembut Best Buat Sendiri. Sangat Mudah

6019
Apakata anda buat sendiri resepi pizza lembut yang sangat menggoda ini. Boleh nak letak topping apa yang anda rasa nak makan. Letak sepuas hati. sedapp

Nak beli pizza, kadang-kadang tak cukup sebab anak ramai kan. Apakata anda buat sendiri resepi pizza lembut yang sangat menggoda ini. Boleh nak letak topping apa yang anda rasa nak makan.

Nak letak cheese lebih di atas permukaan pizza, nak gulung bahagian tepi dengan pizza ke, nak letak daging, ayam lebih semua boleh sebabnya kita lah tukang masaknya.

BACA DI LINK BARU : Resepi Sambal Tomato Ikan Bilis Menyelerakan.Bertambah Nasi

Tips membuat resepi pizza ini bermula di bahagian roti lagi. Gunakan yis yang hidup. Macam mana nak tahu ? Campurkan yis anda ke dalam air suam dan tinggal beberapa minit. Jika berbuih, itu tanda yis hidup dan bagus.

Jika tiada perubahan, yis anda telah mati dan tukarkan pada yang lain.

Terima kasih kepada Puan Ain Kamal yang sudi berkongsi resepi pizza untuk kami semua mencubanya di sini. Resepi asal dari Puan Fatimah Saari

Apakata anda buat sendiri resepi pizza lembut yang sangat menggoda ini. Boleh nak letak topping apa yang anda rasa nak makan. Letak sepuas hati. sedapp

Bahan Resepi Pizza  Homemade Sedap : 

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan marjerin
  • 2 sudu makan gula
  • 2 teh yis
  • 1/2 cawan air suam

Cara Buat Resepi Pizza – Doh Roti :

#1: Bancuhkan yis dengan ari suam dan tengok jika berbuih, baru masukkan gula. kacau sebati. Ketepikan. Dalam bekas lain, gaul tepung bersama marjerin sebati.

Tambah masuk air bancuhan yis dan sambunhg uli hingga doh tidak melekat di tangan.Uli lagi sekitar 15-20 minit hingga doh menjadi lembut. Tutup bekas dengan tuala lembat/plastik selama 30-45 minit untuk biarkan doh naik 2x ganda.

#2: Tumbuk doh supaya angin keluar. Leperkan atas pan pilihan dan cucuk dengan garfu. Masukkan topping.

Topping anda boleh terdiri daripada bahan berikut:

Kuantiti mengikut pilihan tekak.

  •  Sos cili, sos tomato,mayonis
  • Capsicum merah, hijau, kuning
  • Sosej
  • Bawang holland
  • Tomato
  • Cheddar cheese
  • Mozarela cheese

Lepas dah letak topping ini mengikut kreativiti, barulah bakar adunan ini dalam oven selama 35 minit menggunakan api atas bawah pada suhu 170’C.

Apakata anda buat sendiri resepi pizza lembut yang sangat menggoda ini. Boleh nak letak topping apa yang anda rasa nak makan. Letak sepuas hati. sedapp

Siap dimakan dan pastinya puas hati dengan resepi pizza mudah dan sedap ini. Cubalah.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom