Resepi Pizza Mudah Dengan Saiz Mini Yang Sangat Sedap

3270
Bestnya resepi pizza roti homemade ni. Denga buat saiz mini, boleh la anak-anak bawak bekal pizza ke sekolah.Suka diorang dengan pizza best camni.

Pizza Hut dan Domino antara restoran yang menyajikan pizza dengan pelbagai jenis citarasa untuk rakyat Malaysia. Saya dan keluarga pun selalu jugak berkunjung ke sana. Ya lah, kalau dah kami memang sukakan dan gemarkan roti, pizza pun antara adik-beradik sepupu-sepapat roti jugak kan.  Macam mana la resepi pizza diorang kan.

Tapi kali ni, saya tak nak cerita pasal Pizza Hut atau Domino. Saya nak ajak anda semua untuk buat resepi pizza mini sendiri. Moga bermanfaat untuk anda semua.

Yang bestnya, resepi pizza roti  ni memang ngam-ngam saiz dia untuk anak-anak.Sebiji pizza untuk sekali makan. Kenyang habis licin gitu.Tak la membazir kan. Anda juga boleh cuba  Donut Inti Coklat Gebu Untuk Bekal Anak-Anak Ke Sekolah disini yang best juga untuk anak-anak.

Bahan A Untuk Resepi Pizza Mini

  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu makan susu pekat
  • 2 sudu makan gula
  • 3 sudu teh yis

#1:  Satukan kesemua bahan-bahan A. Rehatkan ia selama 10 minit atau sehingga berbuih. Jika tidak berbuih, maknanya yis sudah mati atau tidak aktif. Maka, anda perlulah beli yis baru dan buat semula. Sementara itu, kita sediakan bahan-bahan lain pula.

Bestnya resepi pizza roti homemade ni. Denga buat saiz mini, boleh la anak-anak bawak bekal pizza ke sekolah.Suka diorang dengan pizza best camni.

Bahan B Untuk Resepi Pizza Mudah Ni

  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 cawan tepung roti (protein tinggi)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu makan minyak zaitun/mentega/marjerin
  • ½ sudu teh garam

Cara membuat resepi pizza homemade ni : 

#1: Ambil satu bekas besar, masukkan pula bahan-bahan B ke dalam bekas. Kacau rata hingga sebati. Setelah bancuhan bahan A kita kembang dan berbuih, tuangkan bancuhan tadi sedikit demi sedikit sambil menguli. Anda boeh juga tambahkan air jika perlu. Teruskan menguli hingga doh roti pizza tidak melekat pada tangan dan sebati sekata.

#2: Selepas doh pizza telah siap diuli, anda boehlah terus bentukkan ia. Bentukkan doh kita kepada bulat dan letak di dalam bekas yang ditabur tepung. Buat hingga habis  ya. Lalu, barulah kita perapkan ia dan rehatkan doh tadi selama 30 minit hingga 40 minit sehingga doh kita naik berganda-ganda.

#3: Setelah doh mengembang, tumbuk-tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin. Selepas itu, sapukan loyang kita dengan mentega. Bahagikan doh tadi kepadan 4 bahagian. Kemudian, leperkan mengikut saiz loyang pizza. Seterusnya, cucuk-cucukkan doh dengan garfu.

Bestnya resepi pizza roti homemade ni. Denga buat saiz mini, boleh la anak-anak bawak bekal pizza ke sekolah.Suka diorang dengan pizza best camni.

 

Topping pizza mini kita

  • Sos pasta/tomato
  • Sosej, isi ketam, cendawan butang
    dll (boleh letak apa sahaja ikut selera)
  • Cheese mozzarella
  • Lada hitam
  • Italian herbs

#1:  Setelah itu, anda bolehlah letakkan topping ke atas doh yang telah dileperkan tadi mengikut kreativiti anda. Kemudian, biarkan doh rehat seketika selama 15 minit hingga 20 minit. Ini bertujan untuk mengebukan doh kita.

#2: Setelah doh naik, anda bolehlah bakar pizza kita di dalam oven dengan suhu 170’C selama 20 minit dengan menggunakan api atas bawah atau hingga doh pizza keperangan. Untuk menambahkan rasa yang lebih sedap, setelah pizza kita masak, anda boleh juga rinjiskan sedikit minyak zaitun ke atas pizza yang masih panas untuk memberi aroma yang lebih lazat. Siap dan sedia dihidangkan.

Maka siaplah pizza roti mini kita. Air tangan kita. Anak-anak dan suami pasti suka kan. Anda semua bolehlah mencuba ya resepi pizza yang sangat sedap dan mudah ni ea.

Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>

Sumber :
Puan Noy Yullan
Penulis Buku Resepi ” 40 Resepi Kek Lapis Sarawak ”
Sangat detail penerangan dalam buku. Sesuai untuk jana pendapatan. Boleh pm beliau untuk detail. RM15 ( exc postage ) sahaja tapi lengkap siap tips . Bestkan.

40 resepi kek lapis sarawak

Video Pilihan : Resepi Kek Span Cheese