Apa kata cuba resepi popia bergedil ini untuk menu minum petang.Kalau sebelum ni , kita buat tauhu bergedil, ini kita ganti dengan kulit popia. Makan ramai-ramai anak beranak.Sedap
Senang nak dapatkan kulit popia di pasaraya. Beli yang saiz besar dan anda bolehlah potong dua kulit popia itu.Kalau anda nak cepat, boleh guna daging kisar Ramly. Tapi kalau anda nak betul-betul daging kisar,
BACA DI LINK BARU : Resepi Pizza Lembut Best Buat Sendiri. Sangat Mudah
Boleh beli daging import dan nanti masukkan ke dalam food processor dan hasilkan sendiri daging kisar anda. Lebih berkhasiat dan puas hati
Terima kasih kepada Puan Rozmaliza Omar atas sumbangan resepi popia bergedil ini. Memang menyelerakan dan nampak sangat sedap. Boleh kami cuba juga.
Bahan Resepi Popia Bergedil Mudah :
- 1 bungkus kulit popia dipotong dua
- 3 biji telur ayam (untuk salutan)
- Minyak secukupnya
Bahan Inti Popia Bergedil :
- 4 biji kentang besar
- 400 gram daging kisar Ramly
- 4 sudu makan bawang goreng
- Daun sup/bawang secukupnya potong halus
- 1 sudu teh lada sulah
- Sedikit garam
- 2 biji cili besar merah potong halus
Bahan Hiasan :
- Cili padi dipotong
- Daun sup dipotong kasar
- 1 sudu makan bawang goreng
Cara Buat Resepi Popia Bergedil Sedap :
#1: Kentang dipotong nipis dan di goreng sehingga empuk atau lembut.Masukkan dalam mangkuk, lecek kentang goreng tadi sehingga lumat, masukkan daging kisar, daun sup/bawang, bawang goreng, cili merah, lada sulah, perasa. Gaul sehingga rata.
Ambil kulit popia yang sudah dipotong,lipat sedikit di bahagian atas atau ikut pilihan anda dan letak inti bergedil dalam anggaran 1 sudu makan dan gulung bergedil bersama kulit popia tadi.
#2: Pukul telur dan tambah sedikit perasa, celupkan popia bergedil tadi ke dalam telur dan goreng dalam minyak yang telah dipanaskan.Nampak kekuningan terus angkat dan bolehla hidang dan taburlah sikit daun sup dan bawang goreng.
Bahan Resepi Sambal Kicap :
- 10 cili api hijau/merah
- 1 cili api besar
- 3 ulas bawang putih kecil
- Kicap pekat manis Jalen
- Garam gula serbuk perasa secukupnya
Cara Penyediaan Sambal Kicap Power :
#1: Goreng dulu cili dengan bawang putih hingga layu.Guna sikit je minyak. Biarkan layu. Barulah kisar hancur keduanya. Gunakan air sedikit dengan kicap ya.
#2: Masak semula bahan kisar atas dapur dengan api sederhana kecil hingga mendidih. Nak tambah air nak tambah kicap boleh.Ikut kepekatan anda mahu. Perasakan ikut selera anda.
Dah siap dah resepi tauhu begedil dengan sambal kicapnya. Sedap makan satu keluarga.Selamat mencuba.
Dah siap dah resepi popia bergedil best.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom