Resepi Popia Goreng Vietnam Garing Best. Siap Resepi Sos

2017
Untuk menu minum petang, resepi popia goreng vietnam ini sangatlah sesuai. Dengan rasa rangup dan dipenuhi pelbagai jenis sayur serta lauk,sedap cicah sos

Untuk menu minum petang, resepi popia goreng vietnam ini sangatlah sesuai. Dengan rasa rangup dan dipenuhi pelbagai jenis sayur serta lauk, cicah pula dengan sos manis pedas. Sangat sedap. Untuk bahagian lauk, anda boleh guna banyak pilihan.

Isi ayam, daging kisar, isi ketam, isi udang atau apa-apa yanga anda rasa sesuai. Tak terhad kepada sesuatu jenis lauk.

BACA DI LINK BARU : Resepi Pizza Lembut Best Buat Sendiri. Sangat Mudah

Tips untuk buat resepi popia goreng vietnam ini, untuk elakkan terlebih minyak, pastikan anda goreng menggunakan minyak yang sedikit sahaja. Goreng dalam 3-4 gulung sahaja dan

Terima kasih kepada puan Roslawarni Ishak sudi berkongsi resepi popia yang sedap ini.

Untuk menu minum petang, resepi popia goreng vietnam ini sangatlah sesuai. Dengan rasa rangup dan dipenuhi pelbagai jenis sayur serta lauk,sedap cicah sos

Bahan Resepi Popia Goreng Vietnam :

  • 1/2 biji bawang Holland
  • 1 1/2 genggam tauge
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1/2 biji sengkuang
  • 4-5 tangkai daun bawang/sup/ketumbar
  • 2-3 biji cendawan hitam
  • 1/2 genggam suhun
  • 500 gram isi udang
  • 3 biji telur
  • 4 sudu makan minyak masak
  • 1 pek kulit popia
  • 1 sudu teh garam

Sukatan bahan di atas ini ialah untuk 1 pek kulit popia. Kalau nak buat sikit, bolehlah dibahagi dua sukatan

Cara Buat Resepi Popia Goreng Vietnam :

#1: Hiris nipis bawang, parut lobak merah, sengkuang juga diparut, hiris nipis cendawan hitam jika ada, potong pendek suhun, keluarkan kulit udang,hiris daun bawang/sup/ketumbar.

Campurkan dalam satu bekas semua bahan di atas ini dan tambah 3 biji telur bersama 1 sudu teh garam dan 4 sudu makan minyak masak.

#2: Ambil lebih kurang 1 sudu makan inti ini dan letak di atas kulit popia.Gulung seperti biasa.

BIla dah siap semua, panaskan seidikit minyak di dalam kuali dan goreng 3-4 gulung sekali goreng. Api sederhana. Angkat bila masak. Jom tengok resepi sos pula.

Untuk menu minum petang, resepi popia goreng vietnam ini sangatlah sesuai. Dengan rasa rangup dan dipenuhi pelbagai jenis sayur serta lauk,sedap cicah sos

Bahan Resepi Sos Popia : 

  • 5 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili padi
  •  1 tangkai cili merah besar buang biji
  • 6 sudu makan sos ikan
  • 4 sudu makan air perahan limau nip[is
  • 4 sudu makan gula.

Cara Buat Sos Popia :

#1: Tumbuk cili padi, bawang putih sehingga 80% lumat. Barulah ditambah gula dan tumbuk sebati.Cincang halus cili besar dan 2 ulas bawang putih bakli tadi. Campur semua bahan dan tambah sos ikan bersama air limau dan sedikti air panas. Kacau sebati.

Dah siap dah resepi popia goreng Vietnam.Sangat sedap.

Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom