Resepi Puding Biskut Marie Yang Rugi Jika Anda Tidak MencubanyaA

34577
Kali ni kami bagi resepi puding biskut marie.Memang sedap bila puding kastard bercampur santan dilapis dengan biskut marie camni. Rasa dia lemak berkrim

Untuk rambangkan lagi mata anda, hari ini kami ingin berikan resepi puding biskut marie. Sebelum ini banyak dah kami siarkan resepi puding roti pelbagai jenis, puding buah, puding laici kali ni tambah lagi menu baru untuk puding.

Seperti biasa , sebelum membuatnya, kami akan berikan beberapa tips untuk anda supaya hasil pertama kali puding anda setanding dengan apa yang diingini.

1- Untuk biskut marie, pilih biskut marie yang bewarna coklat muda.Tak kisah apa jenama asalkan pada biskutnya tertulis MARIE. Ini untuk dapatkan rasa biskut yang lembut dan bercampur elok dengan rasa puding itu sendiri.

2- Untuk santan pula, selain gunakan santan segar untuk dapatkan rasa asli dan bau wangi kelapa, anda boleh guna santan kotak jenama Kara . Santan jenama ini juga berbau wangi dan elok santannya.

BACA DI LINK BARU : Resepi Tauhu Begedil Dengan Sambal Kicap Power. Mudah Tapi Berbaloi Sedap

3- Untuk bantu anda dalam buat resepi puding biskut marie ni terutama nak keluarkan daripada loyang acuan, pertamanya anda guna je loyang saiz segi empat dan untuk lapisan pertama, tebalkan sedikit hingga memenuhi ruang lantai loyang. Cara ni mudahkan anda keluarkan puding biskut marie bila siap nanti.

4- Ingat bila melibatkan serbuk agar-agar, pertama sekali didihkan air dan masukkan serbuk agar-agar sahaja,kacau hingga betul-betul sebati barulah dimasukkan bahan lain. Banyak tips kami beri khas untuk anda ni.

Terima kasih kepada Cik Raja Amalina kerana sudi menyumbangkan resepi puding biskut marie untuk dicuba oleh kami semua.

Kali ni kami bagi resepi puding biskut marie.Memang sedap bila puding kastard bercampur santan dilapis dengan biskut marie camni. Rasa dia lemak berkrim

Bahan Resepi Puding Biskut Marie Terbaik :

  • 10 gram serbuk agar-agar jernih jenama NONA
  • 1 liter air
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 1 biji telur ayam
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan santan dicampur 1/3 cawan air
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 2 sudu makan marjerin
  • 1 sudu teh esen pandan
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Secubit garam

Cara Penyediaan Resepi Puding Biskut Marie :

#1: Dalam bekas , masukkan tepung kastard,susu cair,telur ayam dan santan. Kacau sebati adunan ini dan pastikan tepung kastard tidak berketul. ketepikan seketika. Didihkan air dalam periuk dan bila dah mendidih, masak serbuk agar-agar hingga betul-betul larut sebati.

Barulah masukkan gula beserta dengan marjerin. Kacau hingga bahan sebati dan masukkan adunan tepung kastard dan bahan lain tadi. Masak dengan api sederhana kecil dan pastikan semua bahan sebati.Bila adunan mula memekat, tutup api. Tambah esen vanilla dan secubit garam.Ketepikan.

#2: Bahagi dua adunan dan masukkan warna pilihan. Untuk kali ini guna warna hijau pandan dan kuning. Untuk pandan, tambahkan sedikit esen pandan untuk bau yang wangi.

Kali ni kami bagi resepi puding biskut marie.Memang sedap bila puding kastard bercampur santan dilapis dengan biskut marie camni. Rasa dia lemak berkrim

Basahkan loyang dengan sedikit air. Tuang lapisan pertama sama ada hijau atau kuning memenuhi lantai loyang dan sedikit tebal.Susun biskut marie di atasnya ikut pilihan hati anda. Sejukkan seketika dengan masukkan dalam 3-5 minit dalam peti lepas tu tuang adunan yang warna lain pula untuk lapisan kedua.

Susun lagi biskut marie di atas lapisan kedua ini dan sama juga masukkan dalam peti. Ulang langkah hingga habis.

#3: Bila dah siap semua, sejukkan puding biskut marie ini dalam peti ais di ruangan biasa sekitar 2 jam minima sebelum anda potong.

Dah siap dah resepi puding biskut marie lengkap dengan tips untuk anda cuba sendiri.Selamat mencuba. Bestkan.