Resepi Puding Biskut Menarik Best Sangat Lembut Untuk Anda

36967
Hari ini kami kongsikan pula resepi puding biskut untuk anda cuba buat. Yang bestnya cantik ada 3-4 lapis puding dalam satu bekas.

Hari ini kami kongsikan pula resepi puding biskut untuk anda cuba buat. Yang bestnya cantik ada 3-4 lapis puding dalam satu bekas. Ianya terpulang kepada kerajinan anda untuk melapis. Sama ada mahu cepat dengan lapis dua lapisan atau mahu nampak cantik dengan melapis 4-5 lapis seperti ini.

Tapi bila makin banyak , makin cantik la kan puding ini kan. Oh ya, resepi puding biskut ini tidak menggunakan sebarang agar-agar tali mahupun agar-agar serbuk dalam pembuatanya.

Tapi ianya menggunakan teknik kukus satu persatu lapisan sehinggalah ke lapisan terakhir.

BACA DI LINK BARU : Resepi Puding Lumut Best Penuh Dengan Tips Menarik Untuk Anda

Biskut cream cracker pula ialah biskut kosong,biskut kering seperti biskut Hup Seng. Pilih je yang kosong tiada gula ya.

Terima kasih kepada Opah Mas Cotek di atas sumbangan resepi puding biskut yang sangat menarik ini. Semoga opah sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki sekeluarga.

Hari ini kami kongsikan pula resepi puding biskut untuk anda cuba buat. Yang bestnya cantik ada 3-4 lapis puding dalam satu bekas.

Bahan Resepi Puding Biskut Lembut :

  • 25 keping biskut cream crackers
  • 4 biji telur ayam gred B
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 2 sudu makan gula perang
  • Pewarna/peras pilihan seperti milo/pandan/oren mengikut selera anda

Cara Buat Resepi Puding Biskut Mudah :

#1: Opah menggunakan loyang bersaiz 9x5x2. Kalau anda tiada saiz ini, jangan risau,. Gunakan loyang saiz 7×7 inci.

Rendam biskut dalam air panas sehingga lembut. Toskan biskut untuk keluarkan airnya dan masukkan ke dalam bekas pengisar bersama susu,telur serta gula perang. Kisar sehingga halus dan lumat.

Bahagikan adunan puding biskut ke beberapa bahagian dan tambah masuk perasa atau pewarna. Kalau guna milo, cukup guna 1 sudu makan sahaja.Anda boleh bahagikan 3-4 lapisan ikut selera.

Hari ini kami kongsikan pula resepi puding biskut untuk anda cuba buat. Yang bestnya cantik ada 3-4 lapis puding dalam satu bekas.

#2: Panaskan air dalam pengukus sehingga mendidih.Sapu minyak pada dasar dan dinding loyang. Tambahkan 4 senduk setiap lapisan dan kukus 5 minit.

Barulah tambah lapisan kedua dan kukus lagi 5 minit menggunakan api sederhana.

Ulang langkah ini sehingga ke lapisan terkakhir. Lapisan terakhir anda perlu kukus selama 5 minit dan tambahan 5 minit lagi dengan penutup pengukus dibuka. Ianya adalah untuk pastikan air mengering di atas permukaan puding.

#3: Sejukkan puding biskut dahulu sebelum dipotong untuk hasil yang cantik.

Lengkap kan kami beri resepi dan cara buat. Selamat mencuba resepi ini.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom

Hari ini kami kongsikan pula resepi puding biskut untuk anda cuba buat. Yang bestnya cantik ada 3-4 lapis puding dalam satu bekas.