Resepi Puding Buah Campur Semua. Best Makan Waktu Panas Camni

8998
Kami berikan resepi puding buah mangga, strawberi dan buah kiwi untuk anda rasai sendiri kenikmatan puding ini bila dimakan waktu panas.Aduhai sedapnya

Hari ini kami mahu kongsikan resepi puding buah campur yang sangat mudah dan lengkap bersama tips untuk anda. Dengan buah kiwi, buah strawberi dan buah mangga, memang sedap hasilnya. Ditambah pula dengan biji selasih dan air agar-agar yang terdiri daripada air laici dan juga jagung manis serta air kosong,memang best gandingannya.

Tips untuk hasilkan resepi puding buah yang penting adalah ingat. Guna agar-agar tali jadikan hasil puding lebih sedap daripada guna serbuk puding.

Setiap 10 gram agar-agar tali, anda perlukan 1 liter air/cecair sahaja. Jadi kalau guna habis satu pek agar-agar kering iaitu 20 gram, anda hanya perlu 2 liter air yang terdiri daripada air kosong.air buah tin laici dan juga air jagung manis. Jadi sukat dulu air buah tin laici dengan jagung manis sekali dengan isi-isinya dan tengok jumlah. Baru baki nya tambahkan dengan air kosong.

Satu lagi tips penting untuk resepi puding buah campur ini ialah, didihkan air kosong dahulu hingga mendidih.Baru tambah masukkan agar-agar tali yang telah direnda terlebih dahulu sekitar 45 minit-60 minit.Biarkan agar-agar tali ni sebati sepenuhnya dalam air didihan, barulah masukkan gula dan juga campuran lain.

Untuk video tutorial, boleh tengok di sini .Kami ada buat penuh. Siap bercakap dah.Sebarang pertanyaan penambah baik boleh tulis di ruangan komen video.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kek Durian Sedap Dan Best Untuk Penggemar Durian

Terima kasih kepada Tuan Ben Safwan di atas resepi dessert yang menarik ini. Boleh kita semua cuba ya.

Kami berikan resepi puding buah mangga, strawberi dan buah kiwi untuk anda rasai sendiri kenikmatan puding ini bila dimakan waktu panas.Aduhai sedapnya

Bahan Resepi Puding Buah Mangga :

  • 20 gram agar-agar tali
  • 2 liter jumlah air kosong+air laici+air jagung manis bila dicampur bersama.
  • 1/2 cawan gula
  • 1 tin laici
  • 1 tin 200 gram jagung manis dalam tin cap Ayam Brand
    Biji selasih ikut suka ( letak dlm air biar kembang dan toskan )
    Buah ikut kuantiti yang disukai – mangga,kiwi,strawberi

Cara Buat Resepi Puding Buah Laici :

#1: Rendam agar-agar tali 45minit -60 minit .Masak air kosong biar mendidih dulu baru tambah agar-agar tali yg siap direndam dan ditoskan. Pastikan ianya hancur sebati baru masukkan gula ,baru tambah satu tin laici dengan satu tin jagung manis.Masukkan sekali dengan isi-isi .

Sambil biarkan air campuran semua panas,potong buah ikut bentuk pilihan anda suka. Nak menarik, gunakan buah yang bewarna warni. Susun dalam bekas acuan ,ceduk air didihan agar-agar panas siram atas buah.Tujuan bagi buah lembik sedikit dan sedap bila dimakan nanti.Taburkan biji selasih ikut kuantiti yang disukai.

#2: Biarkan di luar dulu supaya sejuk sedikit dan barulah masukkan kedalam peti sekitar 2 jam. Baru boleh dipotong dan siap dimakan puding buah anda.

Kami berikan resepi puding buah mangga, strawberi dan buah kiwi untuk anda rasai sendiri kenikmatan puding ini bila dimakan waktu panas.Aduhai sedapnya

Rasa campuran air laici dan juga air jagung manis memang sedap bila bertukar menjadi agar-agar ini. Kami suka gunakan jagung manis jenama Ayam Brand.Bukan yang jagung manis krim ya. beza dua tu tau. Takpe nanti bila kami dah masukkan video tutorial, anda boleh tengok perbezaan dia kalau tak pasti.

Selamat mencuba resepi puding buah ini.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom