Hari ini kami berkongsi resepi puding buih mudah yang boleh anda cuba di rumah untuk menu minum petang. Sesuai sangat pada cuaca panas sebegini makan puding buih yang dihidangkan dengan sos kastard.
Sebelum ini kecoh di media sosial bila puding buih ini menyebabkan keracunan di Terengganu.Sebenarnya puding buih ini tidak salah sedikit puan. Yang bersalah adalah cara penyediaannya.Mungkin telur yang digunakan tidak dibasuh dan bakteria daripada najis ayam turut termasuk ke dalam adunan.
Itu yang menyebabkan pembiakan bakteria yang buatkan ramai cirit birit dan keracunan. Selain itu mungkin adunan dibiarkan lama di luar, kan dia beli daripada penjual. Maka bila banyak tempahan, ianya dilakukan secara lewa kerana tidak ada chiller yang banyak, maka diletakkan diluar sahaja untuk membeku. Ini mudahkan pembiakan bakteria.
BACA DI LINK BARU : Resipi Kek Butter Marble Best.Rugi Tak Buat,Sedap Sangat
Resepi puding buih selamat dimakan keranan ianya ialah sejenis puding yang menggunakan telur sahaja dan berkuahkan kastard. Buih terhasil bila telur dipukul lama hingga membentuk buih dan diletakkan pewarna serta agar-agar . Asasnya begitu.
Terima kasih kepada Puan Shai Anne di atas sumbangan resepi puding buih yang menggiurkan ini. Boleh kami semua mencubanya nanti.
Bahan Resepi Puding Buah Hipster :
- 30 gram agar–agar tali
- 1500 ml air putih
- 1/4 cawan gula
- 6 biji putih telur
- 5 biji kuning telur
- 1 sudu vanilla
- pewarna pilihan
- 1 helai daun pandan
Cara Buat Resepi Puding Buih Sedap :
#1: Masukkan air serta daun pandan ke dalam periuk dan bila mendidih, tambah agar-agar dan kacau hingga cair sebati.Tambah masuk pewarna kesukaan dalam 2-3 titik.Ketepikan seketika.
Dalam bekas lain, masukkan putih telur dan gunakan hand mixer.Putar hingga putih telur kembang dan meringue. Kemudian masukkan kuning telur satu per satu sambil pukul sehingga gebu.Masukkan gula, esen vanilla dan pukul lagi.
#2: Campurkan adunan agar-agar tadi ke dalam adunan telur dan pukul hingga sebati serta tiada dua lapisan antara air serta puding.
Biarkan di luar sekitar 15 minit atau sehingga suam.Barulah masukkan dalam peti di bahagian chiller dan sejukkan lebih kurang 3 jam minima.
Sedikit tips penting untuk resepi puding buih ini ialah : Sangat penting untuk agar-agar sejuk sedikit dahulu kerana agar-agar yang panas akan merosakkan buih dan buih akan hilang dan puding akan jadi 2 bahagian, bawah agar-agar dan atas buih.Ini kita tak nak.
#3: Sementara puding sejuk, kita buat kuah kastard pula untuk dimakan bersama puding buih nanti.
Bahan Resepi Kastard :
- 1 tin susu pekat
- 1 tin air ( disukat guna tin susu yang sama )
- 2 sudu makan membukit tepung kastard
- 1 biji kuning telur ( baki dari puding buih di atas )
- 1/2 cawan gula
- 1 sudu teh essen vanilla
Cara Buat Kuah Kastard :
#1: Dalam bekas, masukkan susu dan air serta tepung kastard. Kacau hingga sebati dahulu barulah masukkan semua bahan.Buka api sederhana kecil dan kacau hingga mulai mendidih dan naik bau.
Tips : Pastikan jangan tinggal kuah kastard tanpa mengacau sebab ianya mudah hangit di bahagian bawah kalau dibiarkan. Selepas mendidih, kacau dahulu sedikit untuk sejukkan kemudian baru boleh dibiarkan. Sejukkan dalam peti ais kerana puding ni sedap makan waktu sejuk
Dah siap dah resepi puding buih hipster lengkap istimewa untuk anda. Best kan. Selamat mencuba.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom