Resepi Puding Coklat Oreo Dengan Perisa Strawberi Ni Memang Sedap

22668
Bestnya resepi puding coklat oreo ni kalau makan waktu panas camni. Banyak rasa dalam satu puding.Sesuai sangat untuk sebarang majlis ni kan puding ni

Teringin nak buat resepi puding  coklat oreo, tapi godek punya godek, resepi tak menjadi . Kenapa ye ? Jangan risau, kali ini, kami membantu anda dengan resepi lengkap beserta tips yang boleh membantu anda.

Untuk dapatkan hasil yang menggembirakan hati anda , antara tips yang boleh anda ikut dalam menghasilkan resepi puding  coklat oreo ini ialah :

1: Pastikan anda rendam terlebih dahulu agar-agar tali dalam 30 minit untuk lembutkannya.Selepas itu didihkan dulu air dan barulah dimasukkan agar-agar tali dan kacau serta pastikan ianya hancur sebelum dimasukkan dengan bahan-bahan lain.

2: Gunakan agar-agar bertali untuk hasilresepi puding  coklat oreo yang lebih sedap berbanding guna serbuk agar-agar jernih.

3: Untuk pastikan setiap lapisan puding melekat cantik antara satu sama lain, sebelum dituang lapisan baru, anda perlu gores sedikit permukaan puding sebelumnya dengan garpu.

Bestnya resepi puding coklat oreo ni kalau makan waktu panas camni. Banyak rasa dalam satu puding.Sesuai sangat untuk sebarang majlis ni kan puding ni

Terima kasih kepada Puan Rozinah Inah di atas sumbangan resepi puding  coklat oreo ini. Semoga murah rezeki anda sekeluarga.

Bahan Resepi Puding Coklat Oreo Strawberi :

  • 18 gram agar-agar bertali
  • 3 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 5 sudu makan gula
  • 2 sudu teh serbuk koko
  • 2 sudu teh serbuk milo
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 bungkus biskut Oreo
  • 1/2 sudu makan strawberi emulco

Cara Penyediaan Resepi Puding Coklat Oreo :

#1: Rendam agar-agar dengan air 30 minit. Didihkan 3 cawan air dan barulah masukkan agar-agar.Kacau sebati dan larut.Baru masukkan gula dan susu cair.Kacau supaya sebati.

#2: Mula buat lapisan pertama , ambil 2 cawan adunan tadi,masukkan strawberi emulco.Tuang dalam acuan, sejukkan 10 minit.Keluarkan dan gores sedikit. Mula lapisan kedua, 1 cawan adunan tadi, masukkan 1 suudu teh serbuk koko dan 1 sudu teh serbuk milo,kacau sebati dan tuang.Masuk dalam peti 6 minit dan mula lapisan ketiga.

Bestnya resepi puding coklat oreo ni kalau makan waktu panas camni. Banyak rasa dalam satu puding.Sesuai sangat untuk sebarang majlis ni kan puding ni

Ambil dua cawan adunan tadi, patahkan biskut oreo jadi 4 bahagian.Ambil je sekali dengan krim.Tuang adunan lepas tu susun je biskut yang dipatahkan tu.Masukkan dalam peti 10 minit dan buat lapisan ke empat.

Ambil baki adunan, masukkan 1 sudu teh milo dan 1 satu sudu teh serbuk koko. Tuang.Masukkan dalam peti dan biarkan 1.30-2 jam barulah boleh dikeluarkan dan dipotong.

Senang je kan cuma ambil masa nak melapis tu je sekejap.Tapi berbaloi cantik betul hasilnya kan.Selamat mencuba resepi puding coklat oreo ni.