Antara puding yang menjadi fav ramai ialah resepi puding karamel gula hangus. Puding ini dibuat menggunakan 2 cara sama ada menggunakan telur dan juga tanpa telur . Bagi mereka yang berpantang , boleh cuba menggunakan cara tanpa telur .
Kami berikan khas untuk anda , cara tutorial lengkap beserta video untuk resepi puding karamel gula hangus tanpa telur . Yer. Senang anda buat di rumah tuk orang tersayang yang mengidam. Nak beli tak kena dengan selera dengan tekak , jadi apakata buat je sendiri puding ni dengan berpandukan video tutorial kami.
Jangan lupa suscribe Channel You Tube Dari Dapur :You Tube Dari Dapur
.
Jadi anda pilih mahu mencuba versi resepi puding karamel gula hangus yang mana , lepas tu buat sahaja. Jom tengok versi tanpa telur.
Bahan-bahan untuk gula hangus
– 3 sudu makan gula . Cara buat seperti dalam video . Guna api kecil sahaja untuk elakkan daripada gula anda menjadi hangit. Ketepikan selepas siap.
.
Dalam bekas yang lain , masukkan 3 sudu makan tepung kastard , 1 sudu teh esen vanilla atau perisa vanilla dan 1 tin susu . Kacau seperti dalam video. Selepas itu tambahkan lagi 10 gram serbuk agar-agar . Tak tahu nak guna yang mana ? Tengok kami tunjukkan dalam video.
.
Tambahkan 1/2 cawan susu pekat manis , 3/4 cawan gula serta 4 cawan air . Panaskan dan kacau hingga mendidih dan agar-agar menjadi cair. Masukkan campuran ke dalam loyang yang mengandungi gula hangus tadi.
.
Biarkan sejuk barulah dimasukkan ke dalam peti selama 3 jam. Cara keluarkan pun ada teknik . Kami sediakan untuk anda di dalam video .Selamat mencuba puding karamel gula hangus tanpa telur.
.
Ini pula versi resepi puding karamel dengan telur
Bahan – bahan yang diperlukan
1 Cawan Gula
1/2 Cawan Air – utk karamel
1 Cawan Air – utk adunan puding
5 Biji Telur
1 Tin Susu Cair
1 sudu teh Esen Vanilla
Cara -cara
1. Tuang gula di dalam kuali/periuk & hanguskan ia dgn menggunakan api yg SEDERHANA KECIL
2. Bila gula dah bertukar keperang-perangan, baru masukkan 1/2 Cawan Air & kacau laju-laju agar tidak berketul
3. Tuangkan gula hangus tersebut di dalam bekas dan pastikan jangan tuang semua gula dalam 1 bekas * Pakai 1 sudu besar utk 1 bekas
4. Dah siap, biarkan sejuk dalam suhu bilik
5. Seterusnya, pecahkan 5 biji telur & pukul ala-ala manja jer.. Asalkan telur kuning pecah & sebati
6. Kemudian panaskan 1 Tin Susu Cair dgn api yg sederhana
7. Masukkan 3 Sudu Besar Gula + 1 Cawan Air ke dalam Susu Cair yg dipanaskan tadi
8. Kacau utk melarutkan gula tersebut & padamkan api
9. Baru tuangkan Susu Cair yg dipanaskan bersama Gula tadi ke dalam Telur yg kakak pukul manja-manja tue & kacau bagi sebati
10. Tapiskan adunan tersebut agar tiada sebarang benda asing
11. Barulah tuangkan adunan Susu + Telur + Gula ke dalam bekas gula hangus yg anda letakkan tadi
12. Sukatan ikut suka kakak2 dan Kukus dalam tempoh 20-30 minit
Jom follow kami di You Tube untuk koleksi resepi menarik yang mudah.</>