Resepi Puding Kastard Dengan Jagung Manis.Sangat Sedap Rasanya.

3146
Ini baru betul resepi puding kastard yang kena dengan selera.Rasa yang lemak manis dengan santan dan juga rasa jagung memang serasi.Sedap makan waktu sejuk

Sebut sahaja resepi puding, antara terbayang dalam kepala ialah resepi puding kastard, puding karamel, puding jagung dan sebagainya. Kalau tiba musim bulan Ramadhan,juadah puding ni mesti mudah untuk didapati kan.

Salah satu resepi puding yang senang diolah dengan pelbagai bahan adalah resepi puding kastard jagung. Rasa jagung yang lemak manis memang serasi dengan rasa kastard

Anda boleh guna dua jenis jagung untuk hasilkan puding yang sedap. Kalau nak cepat, pilih sahaja jagung manis yang tersedia dalam tin di pasaraya. Pilihan jenama kami antaranya daripada Ayam Brand.

BACA DI LINK BARU : Resepi Roti Puri 2 Versi Sedap. Ada Yis Dengan Tiada Yis

Kalau mahu guna jagung mentah pun boleh. Jagung mentah yang dikupas kulitnya dan dibasuh bersih kemudian dihiris isinya.Isinya nanti kita rebus sampai empuk barulah dicampurkan dengan puding nanti.

Salah satu tips untuk resepi puding kastard ini adalah cara untuk sediakan tepung kastard dan elakkan daripada menjadi berketul adalah dengan dua cara.

Pertama sebelum masak di atas dapur,kacau tepung kastard dengan bahan cecair yang terdapat dalam satu-satu resepi tu.Kalau dalam resepi puding kastard ini ialah susu penuh krim.Kacau dulu bersama tepung supaya tidak berketul dan Kedua, barulah masak di atas api kecil dan kacau sentiasa sehinggalah kelihatan buih-buih mendidih yang sedikit meletup.

Itu tanda tepung kastard anda sudah masak dan boleh ke langkah seterusnya.

Bahan Resepi Puding Kastard Lemak Manis :

  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 tongkol jagung atau 1/2 tin jagung manis
  • 3 cawan air
  • 1 cawan susu penuh krim
  • 1/2 cawan santan kotak yang kotak paling kecil
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 2 sudu makan gula pasir
  • 1/2 sudu teh garam

Ini baru betul resepi puding kastard yang kena dengan selera.Rasa yang lemak manis dengan santan dan juga rasa jagung memang serasi.Sedap makan waktu sejuk

Cara Penyediaan Resepi Puding Kastard Jagung :

#1: Boleh guna jagung tin atau jagung mentah.Jika jagung mentah,caranya buang kulit dan bulu jagung, basuh bersih. Hiris jagung. Panaskan air 3 cawan tadi dan masukkan isi jagung.Rebus sampai masak.

#2: Dalam bekas lain,satukan tepung kastard, susu penuh krim, santan, susu pekat, gula dan garam. Kacau hingga tepung tidak berketul dan anda boleh tapis adunan resepi puding jika mahu.

#3: Masukkan dalam rebusan jagung tadi dan kecilkan api.Jangan api besar ya nanti tepung kastard rosak dengan jadi likat berketul. Sentiasa kacau menggunakan api perlahan hingga pekat.

#4: Bila dah masak baru sediakan acuan atau loyang yang diingini.Masukkan adunan tadi ke dalam acuan atau loyang dan biarkan sejuk sebelum masuk ke dalam peti ais.Biarkan sejuk sekitar 2-3 jam dan boleh la anda nikmati puding jagung kastard yang lemak manis ni.

Ini baru betul resepi puding kastard yang kena dengan selera.Rasa yang lemak manis dengan santan dan juga rasa jagung memang serasi.Sedap makan waktu sejuk

Memang mudah untuk anda sediakan puding jagung kastard ini.Jadi selamat mencuba ya.Untuk susu penuh krim tu, anda cari je di pasaraya.Cari yang fullcream betullah tu. Biasanya ada dari jenama Dutchlady dan sebagainya. Tak perlu untuk anda ke kedai bakery semata-mata untuk mencari susu ni.

Santan kotak pula kami suka guna jenama M&S.Ambil yang kotak paling kecil.Rasa lemak terhasil dari penggunaan susu dan juga santan ni lah.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom