Resepi Puding Kek Cendol Gula Melaka Best. Tambah Cincau Yah

5110
Apa yang best resepi puding kek ini, satu hasil tapi 3 perasa berbeza yang masuk ke dalam mulut. Lalpisan kek span lembut, puding gula melaka dan puding cendol

Hari ini kami kongsikan resepi puding kek cendol. Memang istimewa sebabnya kita dapat makan dua jenis menu. Satu kek dan satu lagi puding. 3 perasa yang berbeza dalam satu hidangan kan iaitu lapisan kek, lapisan gula melaka dan lapisan cendol.

Secara ringkasnya, pada lapisan bawah, ada kek span lembut dan di atas lapisan kek pula, ada lapisan gula melaka dan seterusnya puding cendol. Menarik betul.

Sedikit tips untuk resepi puding cendol ini :

1- Gunakan kek span bersaiz 8 inci dengan ketebalan 1 inci. Anda juga perlukan loyang loose atau loyang yang boleh dibuka untuk mudahkan keluarkan kek yang sudah siap. Walupun saiz 8 inci, tapi bakar dalam loyang 9 inci untuk jadikan kek padat dan puding tidak memenuhi ruang tepi kek.

2- Cakar permukaan sesuatu kek sebelum dituang lapisan di atasnya bagi bolehkan kek melekat elok tak terjatuh.

Terima kasih kepada Puan Cik Siti Masitah di atas sumbangan resepi puding kek cendol ini. Sedap sangat. Boleh kami semua mencubanya. Semoga murah rezeki puan.

BACA DI LINK BARU : Resepi Temosa Ikan Best.Bentuk Acuan Disertakan Sekali

Bahan Resepi Puding Kek Cendol Gula Melaka :

Bahan A Lapisan Dasar Kek Span iaitu 1 keping kek span pandan bersaiz 8 inci, ketebalan lebih kurang 1 inci. Untuk jimat masa, anda boleh buat sendiri atau gunakan yang dah siap.

Bahan Resepi :

  • 125 gram vanilla sponge mix
  • 125 gram telur/ 3 biji telur gred B
  • 30 ml jus pandan
  • 30ml minyak jagung
  • Sedikit pewarna hijau jika mahu

#1: Satukan kesemua bahan kecuali minyak jagung. Pukul sebati guna mixer hingga kembang dan pekat. Perlahankan mixer, masukkan minyak jagung dan pukul lagi hingga sebati.

Tuang dalam loyang 9 inci yang telah dialaskan dengan baking paper, dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar selama 25 minit dengan suhu 180’C api atas bawah.

Dah siap, keluarkan kek dari oven terus sejukkan kek atas redai. Kek span pandan tadi bolehlah susun ke dalam dasar loyang 8 inci loose base.

Seterusnya kita buat lapisan kedua iaitu lapisan puding gula melaka.

Apa yang best resepi puding kek ini, satu hasil tapi 3 perasa berbeza yang masuk ke dalam mulut. Lalpisan kek span lembut, puding gula melaka dan puding cendol

Bahan-bahan Resepi :

  • 250 ml santan kotak KARA
  • 250 gram susu segar
  • 5 gram serbuk agar-agar
  • 70 gram gula melaka
  • 1/2 sudu makan gula pasir
  • 1 sudu teh Tepung Ang Kwe/Hoen Kwe
  • Secubit garam

Cara Buat Lapisan Gula Melaka :

#1: Satukan semua bahan B ke dalam periuk dan kacau hingga gula dan agar-agar larut. Masak api sederhana hingga mendidih kemudian tutup api. Biarkan suam dulu.

Tapiskan adunan gula melaka dan tuang ke atas lapisan kek span pandan tadi. Biarkan sejuk dan mengeras.

Hanya tinggal lapisan terkakhir iaitu lapisan cendol cincau je lagi.

Bahan Resepi :

  • 200 ml santan kotak KARA
  • 250 ml air
  • 5 gram serbuk agar-agar
  • 70 gram gula halus
  • 1 sudu teh tepung Ang Kwe/Hoen Kwe
  • 100 gram cendol
  • 60 gram cincau (dipotong dadu)
  • Sedikit pewarna Kuning
  • Sedikit pewarna Hijau

Apa yang best resepi puding kek ini, satu hasil tapi 3 perasa berbeza yang masuk ke dalam mulut. Lalpisan kek span lembut, puding gula melaka dan puding cendol

Cara Buat Resepi Puding Kek Cendol Lapisan Akhir :

#1: Satukan bahan C kecuali cendol, cincau dan pewarna. Masak hingga agar-agar dan gula larut, kemudian tutup api.

Bahagikan adunan ini kepada 2 bahagian sama banyak. 1 bahagian letak pewarna kuning dan cendol.

Tuangkan lapisan kuning cendol ini atas lapisan gula melaka yang dah keras tadi. Cakar permukaan agar-agar gula melaka terlebih dahulu dengan garfu, kemudian baru tuang adunan kuning.

#2: Biarkan ia sejuk dan mengeras. Bila dah keras, cucuk atau cakar permukaannya dengan garfu sebelum dituang lapisan hijau pula. Tuangkan adunan hijau dan taburkan cincau yang telah di potong dadu. Sejukkan dan simpan di dalam peti ais. Bila dah sejuk, bolehlah dihidangkan puding kek cendol ini.

Dah siap dah resepi puding kek cendol yang mudah dan sedap ini. Tak rugi pun anda mencubanya sebab sedap sangat.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom