Sedapnya Resepi Puding Koktail Buah-Buahan Dan Campuran Susu

1512
Sempena cuti persekolahan Disember ini, mesti banyak majlis kan, apa kata selitkan puding koktail untuk hidangan desert atau pembuka selera .Best

Menjelang hujung tahun seperti bulan Disember ini, pastinya banyak jemputan majlis yang anda terima. Majlis perkahwinan la , pertunangan la, berkhatan la, merisik la dan sebagainya. Jika kita hadir sebagai tetamu, tak lah pening kepala, just ambil makan je makanan tersedia kan.

Tapi cuba tukar andai kita sebagai penganjur majlis, pastinya kelam kabut membuat persiapan terakhir waima ambil pakej katering.Tapi ada juga yang memerlukan khudrat dan idea empunya diri kan.

Ada yang siap sedia tambah hidangan sampingan pencuci mulut.Antara yang popular ais krim, puding koktail buah-buahan , pulut tapai dan sebagainya.Memang menyerikan majlis sugguh.Jadi hari ini , ucapan terima kasih kepada Puan Norhidayah yang sudi berkongsi resepi puding koktail yang betul-betul memikat selera.Puding yang lemak rasanya dengan susu , terasa segar dengan ketulan buah-buahan dan dihidangkan sejuk pastinya menjadi rebutan yang datang.

Peminat puding mesti cuba Resepi Puding Karamel Gula Hangus Dengan Telur dan Tanpa Telur disini ya. Nyumm

Untuk anda yang mencari rezeki sampingan,apa kata masukkan tempahan puding koktail ke dalam senarai menu selain puding kastard, puding buah dan puding triffle ni. Boleh jana tambahan pendapatan.

Jom kita tengok apa bahan-bahan puding koktail yang digunakan.Tak susah semua ada di pasaraya.

  • 30 gram agar-agar tali jenama Kijang
  • 4 biji telur ayam gred A yang diasingkan kuning dan putih
  • 1 tin koktail buah-buahan yang diasingkan buah dan air
  • 1 tin susu pekat
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu kecil fruit paste
  • 1200 ml air

Sempena cuti persekolahan Disember ini, mesti banyak majlis kan, apa kata selitkan puding koktail untuk hidangan desert atau pembuka selera .BestPastikan anda guna agar-agar tali jenama Kijang ya untuk dapatkan tekstur puding koktail yang lembut,halus dan licin permukaan puding. Untuk koktail pula, pilih lah jenama Hosen Fiesta sebab buah nya tidak lembik dan sedikit kenyal yang buatkan puding lagi terasa sedap.

 

 

Cara-cara penyediaan resepi puding koktail ini :

#1: Panaskan periuk dan masukkan air 1200 ml tadi. Oh ya,jika anda mahu masukkan air koktail,sukat dulu air koktail dalam cawan. Selepas itu alihkan ke bekas lain dan keluarkan kuantiti yang sama air kosong.Faham?

Jangan masukkan lagi air koktail.Didihkan air biasa sehingga mendidih barulah masukkan agar-agar tali.Masak kedua bahan ini sehingga kesemuanya larut.

#2: Tutup api dan tambahkan susu pekat bersama garam halus .Ketepikan bahan ini dulu.Pukul telur putih dengan mesin atau tangan sehingga mula membentuk meringue atau berbuih atau kembang.Nah jelas kan.Hee.Tambahkan kuning telur dan kacau sebati.

#3: Bila bahan agar-agar dah mulai suam, barulah dimasukkan air koktail tadi dan fruit paste  beserta adunan telur.Kacau sekejap biar sebati.Susus buah-buahan koktail dalam acuan puding yang anda suka,tuang adunan dan sejukkan.

Sempena cuti persekolahan Disember ini, mesti banyak majlis kan, apa kata selitkan puding koktail untuk hidangan desert atau pembuka selera .Best

#4: Hiaskan dengan topping yang menjadi pilihan sama ada buah kiwi, oren, ceri merah atau hijau atau durian hatta sekalipun jika anda mahu untuk puding koktail anda.Tapi jangan salahkan kami jika rasa lain ea.Hihi.

Sejukkan 2-5 jam di dalam peti dan siap sedia untuk dimakan.Nyummm.Selamat mencuba tau.

Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>

Video Tutorial Pilihan : Resepi Puding Karamel Tanpa Telur