Resepi Puding Labu Kastard Kukus Best. Senang Tapi Lazat

1313
Mesti anda tak pernah buat sebelum ini resepi puding labu kastard kukus ini. Kena cuba sebab ianya begitu sedap. Satu lagi, mudah untuk dibuat

Mesti anda tak pernah buat sebelum ini resepi puding labu kastard kukus ini. Kena cuba sebab ianya begitu sedap. Satu lagi, mudah untuk dibuat sebab tak perlukan banyak bahan.

Kalau sebelum ini , labu dibuat penngat, bubur atau sira, boleh tambah koleksi masakan ini ke dalam list cara masak labu anda. Barulah tak jemu makan labu.

Untuk elakkan puding labu kastard ini menjadi lembik, jangan lupa tutup penutup pengukus dengan kain tuala. Tujuannya untuk elakkan air menitik masuk ke dalam adunan puding dan jadikan cair.

Anda boleh pilih dua cara untuk buat resepi puding labu kastard ini. Pertama, masukkan semua bahan dan kacau dulu sebelum letak atas api kecil. Teruskan mengacau hingga mulai pekat baru tuang masuk ke dalam labu. Jadi proses mengukus labu menjadi sedikit cepat.

BACA DI LINK BARU : Resipi Kek Minyak Kukus Best Sebab Sangat Lembut. Senang Buat

Kalau tak nak ikut cara seperti ini, takpe. Boleh je buat cara kedua ini. Masukkan semua bahan, kacau dan tapis masuk  ke dalam buah labu serta kukus.

Terima kasih kepada Puan Naeamah Balqis di atas perkongsian resepi puding labu kastard kukus ini. Sangat sedap dan berabloi untuk dibuat.

Mesti anda tak pernah buat sebelum ini resepi puding labu kastard kukus ini. Kena cuba sebab ianya begitu sedap. Satu lagi, mudah untuk dibuat


Bahan Resepi Puding Labu Kastard Kukus Sedap :

  • 1 biji labu sederhana besar ,dibuang biji
  • 1 cawan susu cair
  • 5 biji telur ayam gred B
  • 2 sudu makan mkn tepung kastard
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 4 sudu makan susu pekat manis- tahap manis bergantung pada selera anda

Cara Buat Resepi Puding Labu Kastard Menarik :

#1: Labu dipilih dari saiz sederhana. Basuh kulit luaran dan potong bahagian atas. Korek buang biji labu.

Masukkan semua bahan ke dalam periuk, kacau sebati dahulu sebelum buka api kecil dan kacau sentiasa hingga mulai memekat.

Mesti anda tak pernah buat sebelum ini resepi puding labu kastard kukus ini. Kena cuba sebab ianya begitu sedap. Satu lagi, mudah untuk dibuat

Barulah masukkan ke dalam buah labu. Sambil itu jangan lupa panaskan pengukus sehingga air mendidih.

Kukus buah labu lebih kurang 40-50 minit bergantung pada saiz buah labu.

Dah masak, biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong. Memang sedap rasa buah labu yang lembik elok bercampur dengan manis lemak puding.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom