Resepi Puding Laici Berkuah Yang Sedap Dimakan Waktu Panas Tengahari

102127
Memang menyelerakan resepi puding laici berkuah dimakan waktu tengahari camni dengan letak ketulan ais sedikit.Boleh la sejukkan tekak dan badan .Sedap.

Memandangkan sekarang cuaca panas, kami berikan resepi puding laici berkuah untuk anda sejukkan tekak selain anda kena banyakkan minum air kosong untuk elakkan strok haba ye. Selain tu juga elakkan aktiviti di bawah terik matahari ya.

Resepi puding laici berkuah ni senang je sebab kita guna serbuk agar-agar dan laici dalam tin je. Memang mudah dapat. Lepas tu kalau ada buah apa nak letak boleh je letak. Macam contoh dalam resepi puding ni juga diletakkan hirisan buah strawberi.

Kami juga ada berikan video tutorial puding laici ini di bawah artikel ini tapi menggunakan versi ubahsuai mengikut selera tekak sendiri.

Terima kasih kepada Puan Yasmin Ahmad di atas sumbangan resepi untuk dicuba oleh kita semua. Semoga puan mendapat balasan kebaikannya.Amin.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kuah Kacang Simple Tapi Terbaik Untuk Nasi Impit

Memang menyelerakan resepi puding laici berkuah dimakan waktu tengahari camni dengan letak ketulan ais sedikit.Boleh la sejukkan tekak dan badan .Sedap.

Bahan Resepi Puding Laici Berkuah :

  • 20 gram agar-agar serbuk
  • 2 liter air masak/air mineral
  • 2 cawan gula
  • 2 tin laici
  • 1 tin susu cair

Tips : Gula tu kalau anda nak kurangkan pun boleh kalau tak suka sangat manis. Tiada masalah.

Cara Penyediaan Resepi Puding Laici Berkuah :

#1: Panaskan air hingga mula mendidih barulah dimasukkan gula dan kacau sehingga gula hancur sepenuhnya. Barulah masukkan serbuk agar-agar dan teruskan kacau hingga sebati. Guna api sederhana ya.

Tambahkan air laici yang dalam tin sekitar 1/4 tin lepas tu masukkan susu cair, kacau dan tutup api. Baki air laici dalam tin tadi untuk diletakkan di atas puding di akhir nanti.

Memang menyelerakan resepi puding laici berkuah dimakan waktu tengahari camni dengan letak ketulan ais sedikit.Boleh la sejukkan tekak dan badan .Sedap.

#2: Masukkan dalam acuan yang anda mahu. Ada dua cara nak letak isi laici.Cara pertama terus masukkan isi laici ke dalam puding biar ianya tenggelam separuh atau tunggu bila puding mula mengeras baru masukkan isi laici. Semuanya terpulang pada anda ya.

Ok bila acuan puding laici dah mula sejuk dan mengeras , baru tuangkan baki air laici dalam tin tadi ke atas permukaan puding.

Biarkan sejuk dan apalagi, boleh la dimakan.Nak lagi sedap letak satu dua ketul ais bagi sejuk. Memang menyelerakan.

Kami juga menyediakan banyak lagi resepi puding seperti puding kastard jagung,puding rotil,puding trifle untuk anda cuba ya. Tengok sahaja artikel resepi puding di bawah ini.

Video Tutorial Resepi Puding Laici Berkuah :