Resepi Puding Lumut Best Penuh Dengan Tips Menarik Untuk Anda

45494
Jom kita belajar buat resepi puding lumut dengan cara yang betul agar bolehkan hasilnya sangat dibanggakan serta sedap untuk dimakan. Sedap puding lumut ni

Jom kita belajar buat resepi puding lumut dengan cara yang betul agar bolehkan hasilnya sangat dibanggakan serta sedap untuk dimakan. Puding lumut yang cantik boleh dilihat bila hasil puding yang siap ianya terbahagi kepada dua lapisan utama.

Satu lapisan santan di bahagian atas manakala satu lagi ialah lapisan air gula di lapisan bawah.

Tips untuk hasilkan resepi puding lumut yang sentiasa menarik ialah :

1. Ramas kelapa parut untuk dapatkan santan bersama dengan telur dan daun pandan untuk hilangkan hanyir telur. Ramas dalam lebih kurang 10 minit, baru perah dan tapis.

Tapi jangan pecahkan telur ke dalam campuran kelapa terus. Pecahkan dalam bekas lain dulu untuk elakkan telur lama yang berbau.

Kalau gunakan santan kotak, kisar sekali dengan telur dan daun pandan sekejap, kemudian tapis. Kalau nak sedap, pakai kelapa parut untuk dapatkan santan sebab bau santan original lebih beraroma.

BACA DI LINK BARU : Kuih Permata Zamrud Best Yang Sedap Untuk Anda Cuba

2. Ketebalan lapisan lumut tu bergantung pada berapa biji telur yang digunakan. Selalunya ratio 1/2 biji kelapa untuk 1 biji telur. Kalau nak lagi tebal, letak 2 biji telur. Dalam gambar ni, saya guna 2 biji telur.

3. Nak lebih lemak, letak secubit garam dan masukkan satu sudu makan gula batu untuk puding lumut tak terlalu berair.

4. Bagi dapatkan lumut yang cantik, tuang campuran santan tu bila agar-agar dah mendidih. Biarkan sekejap, bila dah mendidih kacau dalam 1 minit (sampai adunan santan tu nampak berketul) padam api dan berhenti kacau.

Terima kasih kepada Puan Diana Khalifa di atas sumbangan resepi puding lumut istimewa menarik ni. Boleh kami mencubanya.

Jom kita belajar buat resepi puding lumut dengan cara yang betul agar bolehkan hasilnya sangat dibanggakan serta sedap untuk dimakan. Sedap puding lumut ni

Bahan Resepi Puding Lumut Sedap :

  • 1/2 biji kelapa parut/ 1 pek 200ml santan kotak
  • 7 helai daun pandan (dikisar dengan 1/2 cawan air)
  • 2 biji telur ayam
  • 20 gram/ 1pek agar-agar tali
  • 4 senduk kecil gula
  • 1 sudu makan gula batu
  • 1 sudu teh pewarna hijay
  • 1 sudu teh garam
  • 6 cawan air

Cara Buat Resepi Puding Lumut Mudah :

#1: Perah santan bersama telur dan daun pandan yang dikisar, untuk menghilangkan bau hanyir telur.Campurkan perahan tadi dengan pewarna hijau dan garam.

Didihkan air dalam periuk dan barulah masukkan agar-agar tali. Masak hingga hancur.Tambahkan gula batu dan biarkan sebati hancur baru masukkan gula. Biar adunan mendidih dan masukkan campuran santan bersama air pandan dan telur.

Jom kita belajar buat resepi puding lumut dengan cara yang betul agar bolehkan hasilnya sangat dibanggakan serta sedap untuk dimakan. Sedap puding lumut ni

#2: Kacau dalam anggaran 1 minit dan tutup api. Tuang dalam loyang kesukaan anda. 8/9 inci dan biarkan sejuk sebelum masukkan peti dan biarkan lebih kurang 2 jam.

Dah siap dah resepi puding lumut menarik untuk anda cuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom