
Assalamualaikum dan salam sejahtera warga dari dapur dot com . Bila jalan ke pasaraya, nampak buah mangga ranum kekuningan , teringin sangat kan. Apa kata kita buat Resepi Puding Mangga Berkuah Kastard Enak Jom tengok bahan-bahan dan resepinya.
Bahan – Bahan Resepi Puding Mangga Berkuah Kastard Enak
1 paket serbuk agar-agar
1000 ml air
150 gm gula
Bahan untuk dikisar bersama
400 gram mangga apa-apa jenis
200 ml susu cair
100 ml air masak
Cara Penyediaan Puding Mangga
Pertama , menggunakan api kecil , panaskan periuk dan masukkan air , gula , serbuk agar-agar . Pastikan semua bahan hancur dan sebati. Sentiasa kacau adunan untuk elakkan berketul . Apabila semuanya sebati, barulah dimasukkan bahan kisar dan lacau lagi lebih kurang 10 minit pada api keceil.
Kedua , adunan puding yang siap ditapis dan di tuang ke dalam bekas acuan atau bekas biasa . Masukkan aduna ke dalam peti ais dan sejukkan 4-5 jam . Siap dah puding mangga kan.
Sekarang tiba masanya untuk membuat kuah kastard yang sedap dan lazat. Jom tengoj cara dan bahan diperlukan.
Bahan – Bahan Kuah Kastard
300 ml susu cair
100 ml air
2 biji kuning telur Gred A
2 sudu besar perisa vanilla
6 sudu besar gula
sedikit garam
1 sudu besar tepung kastard

Cara Penyediaan Kuah Kastard
Panaskan periuk dengan api sederhana dan masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam periuk dan kacau sehingga semua menjadi sebati dan pekat. Apabila telah pekat, tutup api dan tapis untuk elak berketul-berketul . Sejukkan kuah kastard yang telah ditapis.
Bila hendak makan barulah kuah kastard dituang ke dalam puding mangga . Memang terbaik rasa nya. Terasa sangat sedap ketika masuk ke dalam mulut. Rugi tak cuba resepi enak ni.
Artikel Resepi/Tips lain yang boleh anda baca :
Puding Roti Biskut Berlapis Koko
Agar – Agar Gula Melaka Bersantan
Puding Oreo Aiskrim Lazat
Puding Roti Karamel Kukus Lembut
serta banyak lagi kami sediakan untuk anda.
Untuk artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke RUANGAN MENU kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .
Jangan lupa berkongsi gambar hasil resepi yang akak buat di inbox Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding
Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone – klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel