Resepi Puding Milo 3 Rasa Best Gitu. Senang Sangat Buat Puding Ni.

15384
Jom kita belajar buat resepi puding milo 3 rasa dengan cara yang betul agar bolehkan hasilnya sangat dibanggakan serta sedap untuk dimakan.

Jom kita belajar buat resepi puding milo 3 rasa dengan cara yang betul agar bolehkan hasilnya sangat dibanggakan serta sedap untuk dimakan. Puding milo yang cantik ini ada 2 rasa berlainan yang akan gembirakan tekak anda.

Tips untuk hasilkan resepi puding milo 3 rasa yang sentiasa lazat ialah :

uding ini tidak menggunakan tambahan gula disebabkan rasa milo, horlicks dan juga 3 in 1 dah ada kandungan gula tersendiri. Untuk pemilihan Nescafe 3 in 1, anda boleh pilih mana-mana perasa kesukaan.

2- Kalau tepung jagung tiada, boleh diganti dengan tepung kastard dan sukatan yang sama untuk penghasilkan resepi puding milo 3 rasa ini.

3- Nak nampak cantik, letakkan sedikit pewarna pada bahagian Horlick. Tapi kalau anda suka warna putih, takpe, just teruskan .

BACA DI LINK BARU : Resepi Kek Lemon Poppy Seed Yang Sangat Best. Rugi Tak Cuba

Terima kasih kepada Puan Azien Ngah di atas sumbangan resepi puding milo 3 rasa ini. Memang terbaik dan senang untuk kami sediakan.

Bahan Resepi Puding Milo 3 Rasa :

  • 28 gram agar-agar tali dicuci bersih.Rendam 3-4 jam
  • 1.6 liter air
  • 1cawan susu pekat manis *
  • 3 sudu makan membukit tepung jagung*
  • 1 biji telur gred B*
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan Horlicks
  • 1 cawan Milo
  • 1 paket kecil nescafe 3 in 1
  • 1 sudu makan butter

Sukatan menggunakan cawan metrik yang boleh anda beli di kedai bakeri untuk sukatan standard.

Jom kita belajar buat resepi puding milo 3 rasa dengan cara yang betul agar bolehkan hasilnya sangat dibanggakan serta sedap untuk dimakan.

Cara Buat Resepi Puding Milo 3 Rasa Mudah :

#1: Satukan bahan bertanda * . Kacau sampai sebati dan ketepikan.

Didihkan air dan barulah masukkan agar-agar tali.Masak agar agar dan air sampai agar agar larut sepenuhnya.Masukan susu cair. Diamkan sampai mendidih. kemudian masukan bahan bertanda * yang sudah dikacau sebati tadi. Masukan juga butter.Kacau sampai sebati menggunakan api sederhana.

#2: Bahagikan kepada 3 bahagian.

Bahagian Milo
Bahagian horlicks
Bahagian nescafe

Kacau rata setiap bahagian.Sediakan loyang atau acuan yang sesuai. Letak bahagian milo dulu. Masukan sekejap kedalam freezer sekadar untuk membekukan puding lebih kurang 10 minit.

Kemudian lapiskan dengan bahagian Horlicks. Masukan juga ke dalam freezer sekadar untuk membekukan puding.

Akhir sekali lapiskan dengan bahagian nescafe. Masukkan kedalam peti sejuk sehingga puding keras dan boleh dipotong.
Senang kan? ?

Jom kita belajar buat resepi puding milo 3 rasa dengan cara yang betul agar bolehkan hasilnya sangat dibanggakan serta sedap untuk dimakan.

Sebenarnya senang je buat resepi puding milo 3 rasa ini,yang penting sukatan airnya tepat supaya puding tidak terlalu keras,tidak terlalu lembik dan tidak berair.

Semoga bermanfaat resepi ini.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom