Resepi Puding Oreo Milo Beserta Tips Lengkap

8517

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga dari dapur. Teringin kan nak makan puding oreo milo , tapi godek punya godek, resepi tak menjadi . Kenapa ye ? Jangan risau, kali ini, kami membantu anda dengan resepi lengkap beserta tips yang boleh membantu anda. Jom tengok bahan-bahan dan resepinya.

Sebelum membuat resepi ini , perlu diingatkan supaya anda mengikuti tips ini.
Tips 1 – Sentiasa gunakan api yang kecil
Tips 2 – Kesabaran diperlukan dalam melapis puding ini
Tips 3 – Sentiasa panaskan acuan di dalam periuk kecil menggunakan api yang kecil untuk elakkan ianya membeku dan juga hangus.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah terbahagi kepada dua iaitu untuk milo dan juga oreo.
Untuk Milo – 3 sudu besar milo , 50 gram gula biasa, 250 ml air masak, 250 ml susu cair , 4 gram serbuk agar-agar

Untuk Oreo – 50 gram gula biasa , 250 ml air masak, 250 ml susu cair, 16  keping/8 pasang biskut oreo yang telah dikeluarkan intinya , 4 gram serbuk agar-agar.

Sediakan juga acuan petak atau mengikut kesukaan anda.

Kliks Gambar Untuk Ke Halaman Pure Cambogia. New Opening Tab
Kliks Gambar Untuk Ke Halaman Pure Cambogia. New Opening Tab
Cara penyediaan pula ,
 

Pertama , di dalam periuk menggunakan api kecil, masukkan air, serbuk agar-agar dan kacau sehingga larut, selepas itu masukkan susu cair, gula . Kacau sebati dan tunggu seketika untuk campuran menjadi panas, selepas itu masukkan pula milo dan kacau sehingga tiada bintil milo kelihatan/sebati.

Kedua , rendamkan bekas acuan ke dalam satu bekas besar yang mengandungi sedikit air supaya cepat sejuk . Selepas itu, tuangkan adunan milo ke dalam bekas acuan. Hanya separuh kuantiti daripada campuran dalam periuk digunakan. Biarkan sejuk / masukkan ke dalam peti. Lebihan acuan tadi diletakkan semula di atas dapur dan dipanaskan dengan api kecil supaya sentiasa cair.

Ketiga , blender kering biskut oreo menjadi serbuk . Di dalam periuk yang lain yang menggunakan api kecil, masukkan air dan serbuk agar-agar. Kacau sebati. Masukkan gula , susu cair dan panaskan seketika sambil dikacau sehingga larut dan masukkan oreo itu tadi. Kacau dan terus kacau sehingga campuran menjadi sedikit pekat dan sebati.

Keempat , apabila lapisan pertama milo sejuk, goreskan dengan garpu  dan selepas itu barulah dituang campuran oreo tadi.Hanya separuh daripada kuantiti, Baki campuran diletakkan semula di atas dapur dan dipanaskan menggunakan api kecil. Tunggu sehingga lapisan kedua sejuk , bila sejuk, gores balik lapisan oreo dan tambahkan lapisan milo. Bila lapisan ketiga milo sejuk, cakar dan masukkan lapisan terakhir iaitu lapisan oreo. Masukkan ke dalam peti ais selama 4-5 jam sebelum dimakan. Siap dan resepi puding milo oreo . Senang kan bila lengkap.

Tips 1 – Guna periuk non stick untuk elakkan campuran oreo hangus dan melekat.
Tips 2 – Baki campuran sentiasa dipanaskan menggunakan api kecil sementara menunggu lapisan masak.

Untuk resepi lain menggunakan oreo , anda boleh KLIK artikel resepi ini :

Oreo Chessecake Lazat Tak Perlu Dibakar
Puding Oreo Aiskrim Sejuk Sedap

Jangan lupa berkongsi gambar  hasil resepi yang akak buat  di inbox  Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding 

Untuk resepi lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke Kategori Resepi kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH resepi akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .

Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone –  klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel