Resepi Puding Oreo Yang Sedap Berkrim.Buat Pun Sangat Mudah

44144
Wahh sedapnya resepi puding oreo ni .Buat pula bila waktu panas-panas camni.Simpan letak dalam peti, nak makan keluarkan sejuk-sejuk.Sedap tekak.

Sesuai dengan cuaca panas yang melanda negara sekarang, apa kata hari ini kami mahu berikan resepi puding oreo yang terasa sungguh sedap di tekak. Sesuai untuk dimakan waktu panas camni. Simpan dalam peti sejuk tak sempat lama, licin anak-anak makan. Best.

Apa yang menariknya resepi puding oreo kali ini, ianya menggunakan gula batu.Kalau anda tak kenal gula batu, ianya berbentuk ketulan dan ada dijual di pasaraya seperti Tesco.

BACA DI LINK BARU : Resepi Biskut Tart Nenas Rangup Dengan Rasa Kelapa Dan Tanpa Telur

Apa fungsi gula batu dalam puding ?

Ini untuk mengelakkan puding berair bila dah keras. Bila guna gula batu, bentuk puding sentiasa cantik dan tidak ada air disekeliling puding. Tapi kalau anda susah nak dapat, boleh je tak perlu masukkan. Tiada masalah.

Selain dari itu , untuk dapatkan rasa puding oreo yang sedap, sangat digalakkan anda guna agar-agar tali. Sebelum dilarutkan basuh bersih dan boleh rendam dalam air biasa sekitar 30-40 minit. Memang lain sangat beza rasa puding bila gunakan agar-agar bertali dengan serbuk agar-agar.

Yang mana pilihan anda setakat ni ?

Wahh sedapnya resepi puding oreo ni .Buat pula bila waktu panas-panas camni.Simpan letak dalam peti, nak makan keluarkan sejuk-sejuk.Sedap tekak.

Bahan Resepi Puding Oreo Sedap :

  • 20 gram agar-agar bertali
  • 1200 ml air masak
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat – puding anda manis-manis buah.Jika mahu manis boleh tambahkan.
  • 2 pek biskut Oreo atau boleh dicampur dengan pelbagai jenama
  • 4@5 ketul gula batu sekitar 20 gram

Cara Penyediaan Resepi Puding Oreo Lazat :

#1: Basuhkan agar-agar bertali tadi dan rendam 30-40 minit.Bila dah sampai tempoh masa,toskan.Panaskan air dalam periuk hingga mendidih. Masukkan agar-agar tali tadi dan kacau larut. Bila dah larut baru masukkan gula batu dan biarkan ianya larut pula.

Semua bahan dah sebati, boleh lah tambahkan susu pekat manis,susu cair dan biarkan larut elok. Tutup api.

Wahh sedapnya resepi puding oreo ni .Buat pula bila waktu panas-panas camni.Simpan letak dalam peti, nak makan keluarkan sejuk-sejuk.Sedap tekak.

#2: Nak lagi cantik, tapis masuk ke dalam bekas acuan pilihan dan mula patahkan biskut oreo kepada 4 bahagian.Nak masukkan sekali dengan krim pun tiada masalah, Susun atur ikut citarasa anda.

Biarkan sejuk seketika di luar dalam anggaran 15-20 minit sebelum dimasukkan ke dalam peti ais sekitar 2-3 jam. Dah boleh dikeluarkan dan dimakan. Potong pula dengan pisang pemotong yang bergerigi tu.

Cantik elok jadinya puding oreo anda.Selamat mencuba.