Hari ini kami mahu kongsikan kepada anda resepi puding roti bakar cheese yang sangat sedap, nampak mewah seperti dijual di coffeehouse dan kafe-kafe. Yang menariknya, puding roti ini dibakar dengan cheese dan juga dihidang dengan sos kastard. Memang menggiurkan serta jadikan menu puding ini sesuatu yang lain dari biasa.
Boleh la tukar-tukar menu daripada puding roti kukus, puding roti karamel ke resepi ini.
Sedikit tips untuk anda hasilkan resepi puding roti bakar yang sedap seperti ini adalah semasa penyediaan sos kastard. Untuk elak berketul, masukkan semua bahan sos kastard dalam periuk, jangan buka api dan kacau sebati dahulu. Barulah diletakkan atas api dengan api kecil dan sentiasa kacau. Cara ini akan jadikan sos kastard masak sebati dan tidak berketul.
BACA DI LINK BARU : Resepi Sambal Ayam Penyet 2 Versi Menggiurkan.Sedap Amat Yang Tumbuk
Terima kasih kepada Puan Nor Izan Mustapa atas resepi puding roti bakar cheese yang lengkap penyediaan dari A-Z.Jom tengok bahan dan cara penyediaan.
Bahan Resepi Puding Roti Bakar Cheese :
- 10 keping roti gardenia
- 1 sudu makan marjerin planta
- 2 cawan susu segar atau susu cair
- 1/2 cawan gula halus
- 2 biji telur ayam
- 1 sudu teh esen vanila
- Choc chips ikut suka
- Cheddar cheese ikut suka dan jenama pilihan anda
Untuk sukatan, kami gunakan sukatan standard yang ada di dalam gambar. Satu set.
Cara Buat Puding Roti Bakar Cheese :
#1: Sapu marjerin pada kesemua roti. Potong 1 keping roti kepada 6 bahagian. Susun 5 keping roti dalam loyang, tabur coklat chip dan tindihkan semula dengan baki roti.Tabur lapisan kedua coklat chip.
Dalam bekas lain,kacau sebati dengan tangan telur,gula serta esen vanilla.Bila telur dah sebati, masukkan susu dan kacau manja. Dah siap ,tuangkan ke dalam loyang roti, dan tekn permukaan roti supaya meresap masuk. Parut cheese ke atas permukaan roti dan rehatkan 10 minit.
#2: Sambil tu panaskan oven selama 10 minit pada suhu 160’C dan barulah masukkan loyang roti. Bakar pada suhu 150’C selama 40-45 minit menggunakan api atas bawah. Keluakan puding roti bakar dan sejukkan dahulu.
Sambil tu kita sediakan sos kastard yang sedap ni. Video tutorial penuh ada kami sediakan tau.Khas untuk anda.
Bahan Sos Kastard Untuk Resepi Puding Roti Bakar Cheeese :
- 1 tin susu cair
- 1/2 cawan air
- 2 sudu makan gula halus
- 2 sudu makan tepung kastard
- 1 sudu teh esen vanila
Cara Buat Sos Katard :
#1: Masukkan semua bahan dalam periuk, kacau sampai tepung kastard larut. Barulah letak atas api kecil dan sentiasa kacau sos hingga sos mulai pekat.Siap
Potong puding roti bakar yang dah sejuk , hidangkan bersama sos kastard ini. Kalau anda tak nak guna coklat chip pun boleh, gunakan kismis sebagai ganti atau buahan-buahan kering. Tiada masalah. Nak campur lapisan pertama coklat chip, lapisan kedua kismis pun boleh. Memang nikmat makan puding roti bakar camni.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom