Resepi Puding Roti Biskut Dengan Lapisan Koko

20245
Terbaik rasa resepi puding roti biskut ini, tambah-tambah ada lapisan koko yang menyegarkan . Salah satu resepi puding yang menarik tapi senang disediakan .
Terbaik rasa resepi puding roti biskut ini, tambah-tambah ada lapisan koko yang menyegarkan . Salah satu resepi puding yang menarik tapi senang disediakan .

 Assalamualaikum dan salam sejahtera warga daridapur.com . Mungkin akak pernah terjadi situasi ini, beli roti, tapi roti tak habis dan tarikh luput hampir tiba kan, so dari membazir, lepas ini akak buat resepi puding roti biskut yang ditambah lapisan koko ni . Sangat sedap dan senang sahaja resepi kali ni.

Bahan-bahan yang akak perlukan adalah 8-10 keping biskut marie atau apa-apa biskut yang akak mahu, 3 keping roti putih , 1 1/2 cawan susu segar , 2 biji telur gred B , 1/2 cawan susu pekat manis dan akhir sekali 2 sudu serbuk koko .Senang je kan resepi puding roti biskut ni, tapi sangat sedap di makan sejuk.

Cara penyediaan resepi puding ini pula adalah seperti di bawah . Akak boleh tengok dengan lengkap di sini.

Pertama , di dalam bekas blender, akak masukkan roti , biskut dan juga susu segar , biarkan seketika supaya lembik. Selepas itu masukkan dua biji telur dan susu pekat.

Kedua , semua bahan di langkah pertama di blender sehingga semuanya hancur dan menjadi lembut . Bahagikan kepada tiga bahagian utama hasil adunan yang diblender itu.

Ketiga , satu dari tiga bahagian itu dicampurkan serbuk koko untuk lapisan tengah.

Keempat , panaskan kukusan , balut penutup kukusan dengan kain tuala bersih , dan kukuskan bahagian bawah yang tidak bercampur apa-apa . Gunakan api sederhana sekitar 15 minit.

Kelima , apabila sudah masak, kuarkan dan tuangkan lapisan koko tadi. Kukus lagi 15 minit dan ulang dengan lapisan terakhir . Kukus lagi 15 minit.

Keenam , sejukkan seketika di dalam peti ais dan boleh dimakan pada waktu petang. Sangat sejuk dan sedap rasa puding ini.

Wah, dah siapkan resepi puding roti biskut ini. Nak lagi resepi puding ? Akak boleh klik tag di bawah untuk pelbagai resepi puding yang menarik .
Sila berkongsi dengan kawan-kawan jika akak rasa ini resepi terbaik dan lengkap .
Resepi kek & pudingJangan lupa klik share dan berkongsi pada kawan-kawan di facebook ye.

Cari kami di Facebook : Resepi Kek & Puding