Kami nak berkongsi resepi puding roti karamel yang sedap dan mudah untuk anda cuba. Menariknya, sukatan bahan resepi ini untuk 2-3 orang dewasa makan.Jadi taklah anda terlebih buat kan.
Anda hanya perlu gunakan loyang bersaiz 7 inci untuk bahan sukatan puding roti karamel ini. Jadi boleh dah kan anda anggar saiznya di dalam kepala. Kalau ramai yang nak makan, takde masalah.Gandakan sahaja sukatan.
Sedikit tips untuk anda :
1: Pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain tuala untuk elakkan wap air menitik masuk ke atas permukaan puding.Nanti berair.
BACA DI LINK BARU : Resipi Kek Batik Best Lembut Dengan Tips Cantikkan Permukaan
2: Untuk pastikan permukaan puding roti karamel kering cantik sepenuhnya, bila siap mengukus dalam 20 minit, tambahkan lagi 10 minit dengan buka penutup pengukus. Ini untuk keringkan permukaan puding.Anda boleh juga guna tisu makan untuk lap air di atas puding jika ada.
3: Untuk dapatkan potongan puding yang cantik dan lurus, pastikan puding telah sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong dengan pisau yang tajam.
Terima kasih Puan Aze Jijie di atas perkongsian resepi puding roti karamel yang nampak begitu menyelerakan ini. Apa lagi, bolehlah anda cuba sempena bulan puasa ini. Best makan sejuk kan.
Bahan Resepi Puding Roti Karamel Sedap :
Bahan Karamel :
- 5 sudu makan gula
- 4 sudu makan
Masukkan gula bersama air di dalam loyang dan buka api kecil.Jangan api besar. Nanti karamel anda hangit dan terasa pahit.Kacau sebati dan ratakan ke semua bahagian.
Bila dah masak cair semua, tutup api dan biarkan karamel sejuk mengeras sedikit.
Bahan Puding Roti Kukus :
- 5 biji telur ayam gred A
- 1 sudu teh esen vaniila
- 1 tin susu cair
- 1/3 tin susu pekat
- 2 keping roti sandwich
Cara Buat Resepi Puding Roti Karamel :
#1: Boleh panaskan air di dalam pengukus dan ikut tips yang kami berikan di bahagian atas.
Masukkan semua bahan ke dalam pengisar makanan dan kisar sehingga semua adunan bercampur sebati. Tak perlu tapis.Terus masukkan adunan ke dalam loyang berisi caramel tadi.Guna loyang 7 inci ya kalau nak nampak tinggi cantik.
Kukus selama 20 minit dengan api sederhana dan 10 minit lagi dengan penutup dibuka.
#2: Biarkan puding roti karamel anda sejuk seketika sebelum masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dipotong.
Dah siap.Selamat mencuba.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom