Resepi Puding Roti Karamel Kukus Paling Senang Tanpa Mixer

79940

Kalau sebut puding , jelas terbayang dalam ingatan kelazatan resepi puding roti karamel, puding roti kukus, puding karamel tanpa telur , puding oreo kan.Paling best dimakan bila disejukkan terlebih dahulu dalam peti. Memang sedap sungguh bila masuk ke tekak.

Kali ni saya nk tunjukkan cara buat puding roti karamel kukus yang paling mudah.Tak perlu mixer semua, terus ja masukkan bahan ke dalam blender dan blend sehingga lumat hancur.Lepas tu kukus.Senang sangat variasi puding karamel ni.

Apa kata cuba rsepi puding roti karamel yang mudah ni,Masukkan semua bahan-bahan ke dalam blender ja .Sedap sangat puding roti ni karamel dekat atas nya.

Saya dah sediakan video tutorial puding roti yang dikukus ni untuk anda tengok step by step.Saya suka gunakan roti wholemeal daripada roti putih biasa sebab lebih banyak nutrien dan khasiat.Untuk Resepi Puding Roti Kukus Kastard Guna Blender Sahaja , anda boleh baca di sini.

Jom tengok bahan-bahan resepi puding roti karamel kukus ni :

  • 3 sudu makan gula untuk dijadikan gula karamel
  • 5 keping roti wholemeal/putih
  • 3 biji telur A
  • 1 cawan air suam
  • 1  dan 3/4 cawan susu cair atau boleh gunakan susu pekat yang ditambah air
  • 1 sudu teh esen vanilla

Apa kata cuba rsepi puding roti karamel yang mudah ni,Masukkan semua bahan-bahan ke dalam blender ja .Sedap sangat puding roti ni karamel dekat atas nya.

Cara buat puding karamel ni:

#1: Dalam video di atas dan juga bawah ada saya tunjukkan , macam mana buat karamel.Guna api yang kecil sahaja dan tunggu hingga gula hancur.Jangan lupa goyangkan loyang supaya karamel kena pada seluruh permukaan loyang.Ketepikan. Jangan bimbang jika karamel menjadi keras sedikit selepas dibiarkan tu. Nanti dia akan cair semula.Tips untuk dapatkan karamel yang cantik adalah jangan sesekali kacau dan guna api besar.

#2: Sediakan blender , masukkan semua bahan seperti dalam video iaitu telur ayam , susu cair, air suam , roti yang dah dicarik-carik serta esen vanilla.Blend sehingga semua bahan-bahan lumat.Sangat senang kan tak perlu pukul dan tapis serta guna mixer.

#3: Pastikan anda dah panaskan pengukus dengan air sehingga mendidih.Jangan lupa tutup penutup pengukus dengan kain tuala untuk elakkan wap air jatuh ke dalam puding roti karamel yang tengah dikukus tu.Tuangkan semua adunan yang dikisar tadi ke dalam loyang karamel.Untuk cantik boleh guna loyang bersaiz 6 -7 inci.

#4: Untuk dapatkan tekstur puding roti kukus yang cantik, kukus selama 60 minit menggunakan api kecil sahaja. Bila dah masak, sejukkan sehingga betul-betl sejuk sebelum dikeluarkan.

Cara untuk keluarkan puding roti ini adalah dengan cara terbalikkan loyang ke atas dulang dan tepuk pada bahagian atas loyang untuk keluarkannya. Sangat mudah.

Selamat mencuba resepi puding roti yang mudah dengan tak perlu mixer ni.Memang sedap. Bestnya kan.Lepas ni kalau ada roti yang dah nak expired, cuba buat cara camni.’

Lepas dah tengok video,jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>

Video Tutorial : Resepi Puding Roti Karamel Kukus Paling Senang Tanpa Mixer