Resepi Puding Roti Kukus Kastard Guna Blender Sahaja

134763

Siapa peminat resepi puding roti kukus kat sini ?Sedapnya kan makan lak dengan kuah kastard banjir di atas puding. Kalau sebelum leceh sikit nak buat sebab puding roti lepas dah siap bahan-bahan kena bakar kan, kena guna mixer bagai.So terhalang la niap nak buat dessert best ni kan.

Takpe, kali ni kami bagi resepi puding roti simple yang hanya kukus dan guna blender ja.Sangat senang tapi memang sedap sungguh.Sesuai hidang kat tetamu yang datang berkunjung atau buat keluarga.Lagi sejuk puding rotinya lagi sedap makan kan.

Saya suka kuah kastard untuk puding yang manis sederhana. Jadi untuk resepi ni memang manisnya sederhana.Jadi sesuai sangat ikut macam tu tak perlu ubah apa-apa sukatan resepi puding roti kukus ni.

Memang senang sangat resepi puding roti kukus ni,tak perlu mixer bagai, oven tuk bakar.Kukus sahaja.Best sangat dengan puding roti kuah kastard ni kan

BACA : Puding Roti Karamel Mudah Tetapi Sangat Sedap

Bahan-bahan resepi puding roti kukus ni anggaran untuk 5 orang makan ya.

Saya dah letak dalam acuan siap-siap senang satu sorang tak perlu nak potong bagai.hee

  • 5 keping roti boleh guna pelbagai jenis
  • 1 tin susu cair
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu makan buttercup
  • 2 sudu makan gula
  • Sedikit kismis hitam/perang/hirisan ceri hijau ( pilihan )

Bahan-bahan Kuah Kastard : 

  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu makan tepung kastard

Jom tengok cara penyediaan resepi puding roti kastard kukus ni beserta tips . Untuk lebih jelas, tengok je video tutorial yang kami sediakan di bahagian atas dan bawah ni ea :

#1: Masukkan air dalam pengukus. panaskan dan biarkan. Dalam blender, masukkan telur ayam , gula, esen vanilla.Blend sampai kembang. Lepas tu pindah ke dalam bekas lain, tambah susu cair dan kacau sekata.Ketepikan.

Memang senang sangat resepi puding roti kukus ni,tak perlu mixer bagai, oven tuk bakar.Kukus sahaja.Best sangat dengan puding roti kuah kastard ni kan#2: Untuk roti, saya potong bahagian perang.Terpulang ya.Lepas tu sapu permukaan dengan butter. Carikkan halus-halus.Ketepikan. Ambil bekas kukusan, masukkan ceri dan kismis pada bahagian bawah . Kalau nak letak atas permukaan roti sebelum dikukus pun takde masalah. Lepas tu susun roti dan tekan bagi padat sikit . Tambahkan campuran tadi seperti dalam video.Jangan terlalu penuh ya. Cukup 3/4. Anda boleh juga guna satu bekas besar sahaja.

Memang senang sangat resepi puding roti kukus ni,tak perlu mixer bagai, oven tuk bakar.Kukus sahaja.Best sangat dengan puding roti kuah kastard ni kan#3: Kukus dengan api kecil 25 minit ya. Untuk elakkan wap air jatuh, tutup penutup pengukus dengan kain tuala.Bila dh start kukus ,boleh la kita mula buat kuah kastard untuk resepi puding roti kita ni.

#4: Masukkan susu cair, gula,esen vanilla dan juga tepung kastard. Sentiasa kacau dengan api kecil.Tips untuk dapatkan kuah kastard yang cantik. Jangan masak terlalu lama.Cukup bila kacau tepung jagung dah sebati sahaja.Kalau anda kacau terlalu lama atau tunggu mendidih, kuah akan memekat atau perang pada bahagian tepi dan jadi berketul.

#5: Bila dah masak puding roti yang dikukus tadi, tunggu hingga sejuk baru keluarkan dari loyang.Nak makan baru tambah kuah kastard.Memang best sangat bila manisnya sedang-sedang sahaja. Menghirup anak-anak puding roti kukus ni.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom

Video Tutorial : Resepi Puding Roti Kukus Guna Blender