Hari ini kami siarkan resepi puding roti marble simple yang sangat mudah untuk disediakan.Hanya guna pengisar makanan atau blender untuk siapkan semua bahan.Mudah kan.
Bahan-bahan yang digunakan untuk buat resepi puding roti kastard ni sangat mudah dicari dan ianya cantik.Pasti jadi pilihan bagi mereka yang teringin merasa puding roti.
Kadang-kadang beli roti Gardernia,banyak lagi tak habis tapi tarikh luput dah nak semakin dekat.Jadi memang sesuai sangat untuk dibuat puding.
Kalau sebelum ini ada kami siarkan resepi puding roti kukus.Kalau anda nak buat lagi,boleh tengok resepi nya di bawah ini.
BACA DI LINK BARU : Resepi Puding Roti Karamel Kukus Paling Senang Tanpa Mixer
Tips untuk hasilkan resepi puding roti marble yang sedap :
1- Untuk pastikan agar-agar tali hancur sepenuhnya,pastikan air mendidih terlebih dahulu barulah dimasukkan agar-agar tali.Kacau dan biarkan larut sepenuhnya sebelum tambah bahan lain seperti gula.
2- Untuk dapatkan bentuk marble atau corak puding roti yang cantik,gunakan senduk yang sama saiz untuk setiap satu bahagian. Barulah comel sekali corak puding.
Untuk memudahkan anda,kami berikan resepi puding roti sukatan cawan.Anda hanya perlu guna cawan metrik standard.Senang kan.
Kami sertakan video tutorial untuk anda di bawah ni ya. Original dari kami untuk bantu anda.
Terima kasih kepada Puan Cik Pooja atas resepi puding ini.Jom kita tengok bahan dan cara buat.
Bahan Resepi Puding Roti Marble :
Bahan A
- 1 pek agar-agar tali dalam anggaran 20 gram
- 1.7 liter air
- 1 cawan gula pasir
Didihkan air terlebih dahulu dengan gula baru larutkan agar-agar tali.Pastikan bahan larut semua dahulu.
Bahan B
- 5 keping roti putih Gardiener
- 1 tin susu cair
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 cawan tepung kastard bancuh dengan 300ml air
- Pewarna/perisa pilihan
Cara Buat Resepi Puding Roti Marble Tapi Sedap :
#1: Masukkan semua bahan B ke dalam pengisar makanan kecuali tepung kastard tadi.Kisar hingga lumat dan halus.Kalau nak lebih cantik, tapis sekali selepas kisar.Masukkan bahan kisar ke dalam Bahan A tadi iaitu rebusan agar-agar dan gula. Masukkan juga tepung kastard yang dah dibancuh
#2: Kacau semua sehingga sebati.Jangan buka api dapur lagi. Lepas tu baru letak atas api kecil dan sentiasa kacau ya untuk elakkan tepung kastard jadi berketul.Bila adunan dah mula memekat,tutup api dan bahagikan kepada 3 adunan.
Boleh masukkan warna atau perasa pilihan.Jika nak masukkan serbuk koko pun boleh dalam 1 adunan.
#3: Gunakan senduk yang sama dan mula layerkan satu persatu. Jika nak cantik,tunggu layer pertama beku dahulu dalam peti sejuk anggaran 3-5 minit sebelum tambah layer baru.Tapi kalau nak corak marble,hanya tuang satu demi satu senduk.
#4: Bila dah siap layer puding roti anda, masukkan ke dalam peti sejuk sekitar 2 jam.Sedap makan sejuk-sejuk.
Selamat mencuba puding roti marble yang sedap dan cantik ni.
VIDEO TUTORIAL :